Kegagalan fungsi brek hadapan jentera milik pelumba muda negara, Hakim Danish, menjadi punca kemalangan yang menyebabkan dirinya terpaksa menamatkan perlumbaan kedua Kejuaraan FIM JuniorGP di Litar Jerez, lebih awal.
Meskipun dia berjaya bangkit daripada kemalangan dalam perlumbaan pertama, namun dia mengakui kelajuan dan kesempurnaan pengendalian yang dipamerkan ketiga-tiga pelumba Sepanyol sememangnya sukar dinafikan.
Bagaimanapun, kedua-dua kemalangan yang berlaku di Litar Jerez dianggap sebagai medan pengukur prestasi dan kelemahannya terutamanya dari segi kelajuan yang perlu dipertingkatkan untuk menempuhi pusingan keenam nanti.
"Perlumbaan satu saya bermula dengan P9 dan tamat di P8. Saya cuba untuk mengejar kelompok hadapan tetapi mereka sangat laju. Saya hanya dapat mengekori kelompok kedua sahaja. Bagaimanapun, satu perlumbaan yang baik buat saya," katanya,
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Danial Syahmi, mengakui taktikal untuk berlumba secara 'play-safe' dalam perlumbaan pertama menjadi satu kesilapan yang memberi peluang buat pelumba lain untuk melakukan pintasan.
Enggan melakukan kesilapan sama, dia membuat keputusan untuk mempertingkatkan kelajuan dan memperbaiki kekemasan pengendalian sekaligus menamatkan perlumbaan kedua di kedudukan ke-16.
"Saya cuba berikan yang terbaik untuk mengumpul mata tetapi pada saat akhir saya dipotong oleh tiga pelumba menyebabkan saya tidak dapat meraih sebarang mata dalam perlumbaan kali ini." katanya.
Saufi Tahir
Mon Sep 16 2024