Presiden Ferrari, Sergio Marchionne, percaya kemenangan Sebastian Vettel dalam Grand Prix Bahrain adalah bukti bahawa pengeluar kereta Itali itu mampu berjuang dengan Mercedes sepanjang musim ini.
Dengan dua kemenangan daripada tiga perlumbaan pembukaan musim ini, Vettel menerima tentangan Lewis Hamilton, yang menduduki tempat ke dua di atas rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas (ketiga), tetapi tidak mampu untuk mengejar pemenang perlumbaan walaupun dengan strategi penamat-pantas.
Prestasi Ferrari mengembirakan bosnya selepas Scuderia tampil bertenaga semula berikutan peraturan baru pada 2017 selepas bertahun-tahun bergelut untuk bersaing dengan Red Bull dan kemudian Mercedes.
"Sudah tentu, sangat memuaskan untuk kembali berada di podium dengan Seb (Sebastian Vettel)," kata Marchionne.
"Bagaimanapun, lebih penting kami sekarang amat yakin bahawa kemenangan kami di Melbourne bukan hanya sekali dan kami akan berada di barisan hadapan dalam kejohanan dunia ini sehingga tamat saingan.
"Kami akhirnya mempunyai kereta yang kompetitif dan ia penting untuk mengenal pasti kelajuan yang diperlukan bagi setiap perlumbaan baru.
"Semua ini adalah hasil daripada kerja terbaik pada landasan yang betul dan di Maranello, maka pujian saya bukan sahaja untuk Seb bagi pencapaiannya di Bahrain tetapi juga untuk seluruh pasukan."
Raikkonen masih belum meraih podium pada 2017, tetapi Marchionne mempunyai kata-kata semangat buat pelumba itu.
"Tahniah juga kepada Kimi (Raikkonen) untuk perlumbaan yang baik," katanya.
"Kami juga sedar kami mempunyai jalan yang jauh di hadapan dan tahu bahawa jika kami mahu sampai ke ke garisan penamat yang paling penting, kami tidak boleh menghadkan usaha dan tumpukan buat kali kedua."