Tuntutan undang-undang oleh bekas pemandu Ferrari, Felipe Massa terhadap bekas bos Formula 1, Bernie Ecclestone kini mula didengari oleh mahkamah tinggi di London bermula Rabu.
Massa, 44, sebelum ini telah memutuskan untuk mengambil tindakan tersebut susulan insiden 'Crashgate' yang didakwa mempunyai komplot dan konspirasi untuk menghalang beliau memenangi GP tersebut selain untuk halangi beliau merangkul kejuaraan dunia musim 2028.
Jelas pemandu Brazil itu, kejadian tersebut berlaku ketika berlangsungnya pusingan perlumbaan Grand Prix Singapura yang akhirnya mengakibatkan beliau dinafikan kemenangan pada pusingan perlumbaan tersebut selain turut memberi kesan yang sama untuk membolehkan beliau merangkul gelaran juara dunia 2008.
Massa ketika itu mendahului perlumbaan sebelum pemandu Renault, Nelson Piquet terbabit dengan kemalangan yang menyebabkan kereta keselamatan masuk ke litar sekaligus membantu Fernando Alonso yang juga rakan sepasukan Piquet muncul selaku juara.
Secara kebetulan pula pasukan pit Ferrari gagal memberikan bantuan yang sepatutnya terhadap Massa ketika memasuki pit selepas kereta keselamatan memasuki litar ketika itu yang menyaksikan hos isian minyak pasukan itu gagal dikeluarkan ketika Massa berlepas.

Massa sebelum ini juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Presiden FIA Max Mosley juga mengakui bahawa insiden yang membabitkan Piquet ketika itu adalah sebahagian pelan taktikal pasukan Renault.
Namun malangnya tiada tindakan sewajarnya diambil susulan kejadian tersebut.
Malah Piquet selepas disingkirkan olehj Renault pada 2009 juga dilaporkan mengakui bahawa insiden yang melibatkan dirinya itu adalah arahan yang telah diberikan oleh pasukanya bagi membolehkan Alonso merampas kedudukan Massa.
Dalam kes yang difailkan, massa menuntut sejumlah bayaran pampasan 64 juta Pound Sterling atau bersamaan RM354.97 juta berserta faedah yang sepatutnya daripada Bernie Ecclestone, Formula 1 dan FIA.
Dalam pusingan perlumbaan tersebut, Alonso muncul selaku juara disusuli Nico Rosberg manakala Lewis Hamilton pula di tempat ketiga.
Manakala Hamilton yang memandu jentera McLaren Mercedes ketika itu pula muncul bergelar juara dunia pada musim tersebut.