Pemain bola jaring negara, Siti Nor Farhana Mustafa, beranggapan dua kejuaraan yang diraih sepanjang tahun ini melonjakkan semangat skuad negara untuk mempertahankan pingat emas dalam Sukan SEA Filipina, November depan.
Skuad kendalian Tracey Robinson itu menjuarai Kejohanan Jemputan Empat Negara di Hong Kong, Februari lalu, sebelum mengulangi pencapaian sama dalam Kejohanan Jemputan Sri Lanka, April lalu.
"Kami boleh dikatakan sudah terbiasa menyertai kejohanan di Hong Kong itu tetapi untuk menang sebagai persiapan ke Sukan SEA, ia agak sukar, namun kami menjuarai kejohanan tersebut.
"Di Sri Lanka pula, pasukan tuan rumah agak kuat dan ranking mereka lebih tinggi berbanding kami. Jadi, apabila kami mampu mengalahkan mereka, ia petanda yang baik untuk kami menuju ke Sukan SEA," katanya dalam temu bual Nadi@1 sebentar tadi.
Skuad negara meraih pingat emas dalam temasya di Kuala Lumpur dua tahun lalu.
Atlet berusia 26 tahun itu mengakui tekanan yang dihadapi untuk mengekalkan status itu, namun dia dan rakan sepasukannya mempunyai cara tersendiri.
"Tekanan itu memang terasa tetapi saya dan rakan sepasukan membuatkan sesi latihan menjadi seronok.
"Kami mengambil masa untuk berbual dan bergurau sesama sendiri, jadi kami tidak terlalu tertekan tetapi dalam masa sama tetap berlatih dengan bersungguh-sungguh," tambahnya.
Sempena sambutan Aidiladha esok, Farhana berkongsi pengorbanannya sepanjang bergelar atlet negara.
"Sebagai seorang atlet, saya mengorbankan waktu cuti saya.
"Cuti sebagai atlet tidak begitu panjang dan ia adalah pengorbanan yang kami lakukan secara berpasukan.
"Ada satu kejohanan pada tahun 2012, raya kedua, kami berlepas ke Sri Lanka dan apabila mendengar takbir raya, saya berasa syahdu.
"Tapi saya ada rakan sepasukan dan jurulatih yang sentiasa bersama saya," katanya lagi.