Tahniah diatas kejayaan Muhammad Iftikhar Firas Farid yang muncul juara dunia dalam acara Roller Freestyle Park Junior di Montpellier, Perancis pada hujung Mei lalu.
Pencapaian pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang berusia 13 tahun ini cukup membanggakan apabila menewaskan 30 peserta dari 10 negara termasuk Itali, Sepanyol, Belanda, tuan rumah Perancis dan wakil negara jiran, Indonesia.
Menerusi perkongsian Firas di media sosial, Instagram, kejayaannya dalam sukan kasut roda banyak berkisar pengorbanan dan sokongan keluarga terutama bapanya, Farid Muhammad Esa yang turut berkebolehan membina skatepark.
Warga Kajang khususnya mereka yang menetap di sekitar Sungai Kantan sememangnya cukup dekat dengan beberapa cabang sukan ekstrem yang dimainkan di skatepark seperti skateboard dan rollerblade.
Namun dalam tahun ke belakangan ini, diakui sukan ekstrem bukan lagi pilihan utama anak-anak yang meningkat remaja seiring perkembangan e-sukan di negara ini dan global.
Maka diharapkan, kejayaan Firas dapat menghidupkan semula zaman kegemilangan sukan ekstrem khususnya dikalangan generasi alpha yang akan menjadi penerus legasi, semeriah sekitar tahun 2000an - ketika itu, bukan sahaja Asian X-Games di KLCC yang menjadi tempat berkumpulnya atlet ekstrem terbaik Malaysia dan antarabangsa, skatepark di Kajang juga turut menjadi pilihan.