Semoga penyerang Harimau Malaya, Darren Lok, tidak mengalami sebarang perkara serius.
Lensa Astro Arena menyaksikan pelanggaran bintang Sabah itu bersama pertahanan Negeri Sembilan, Amirul Adli Azmi, hampir membawa padah apabila kepala dan badan Lok terkena tembok longkang di Stadium Likas.
Advertisement
Lok menderita kesakitan selepas itu dan pegawai perubatan pantas memasuki padang untuk melihat keadaannya.
Insiden itu jelas menunjukkan sistem keselamatan wajib menjadi keutamaan. Perkara ini harus diteliti pada masa akan datang supaya ia tidak berulangan dan menjamin ketenteraman pemain.
Dalam perlawanan itu, Sabah berjaya mengikat skuad Hobin Jang Hobin 1-1 menerusi jaringan Jovan Motika dan S. Kumaahran.
Video:
Mujur tiada insiden yang lebih serius! ⚠️
Ini mungkin peringatan awal buat pengurusan stadium dan juga pengelola liga. Kita ingin menikmati bola sepak yang indah, tetapi aspek keselamatan juga perlu dititik beratkan. #LigaSuper2526 #DemiLigaKita pic.twitter.com/1NrETmw9Gb— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) February 28, 2026