Skip to main content

Bola Sepak

Keputusan CAS: Malaysia kalah dalam menang?

CAS

Perkembangan terus menjadi tanda tanya...

Tiada tempoh masa tepat bilakah keputusan rayuan akan diketahui dengan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dijangka mengeluarkan keputusan minggu ini berkenaan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Advertisement

Bagaimanapun, peguam undang-undang sukan, Syed Nur Aiman Syed Abdul Hamid, menyifatkan ia hanya soal tempoh masa, namun realitinya peluang teramat tipis untuk melihat keputusan berpihak kepada FAM.

Tegasnya, berkemungkinan sinar tujuh pemain terbabit masih ada dengan pengurangan hukuman atau penolakan denda, namun namun bukan buat FAM.

Ia, susulan terdapat pengakuan penglibatan bahagian pentadbiran FAM dalam menguruskan dokumen yang didakwa dipalsukan atau terma paling sesuai iaitu pelarasan pentadbiran.

"Posisi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ialah Artikel 22 itu jelas.

"Terdapat pengakuan sewaktu siasatan seperti di peringkat rayuan di mana kenyataan pemain tidak begitu meyakinkan.

"Oleh itu, ada niat atau tidak, pemain akan terus didapati bersalah.

"Ia akan memusnahkan harapan mereka untuk berjaya di CAS.

"Peluang sangat tipis ibarat 99 peratus. Kerana ada pengakuan itu," katanya di Nadi Weekend.

Terdahulu, Stadium Astro melaporkan bahawa sesi pendengaran CAS telah berakhir Jumaat lalu dan menanti keputusan penuh mendebarkan.

Must Watch Video