Bekas pertahanan PDRM, Alif Najmi Shaaini, mula mengalihkan langkahnya dari padang ke bilik darjah.
Temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dia mendedahkan hasrat menjadi pendidik sepenuh masa sekiranya nasib kerjaya bola sepak tidak memihak akibat kecederaan.
Advertisement
Perjalanan Alif terhenti seketika apabila kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) berulang menimpa pada Julai lalu, menyusul kecederaan pertama pada Oktober 2024, sekali gus memaksanya untuk menggantung but lebih lama daripada yang diimpikan.
"Nama saya hilang dalam Liga Super memang nyata.
"Status sekarang tidak lagi bermain dan dalam fasa pemulihan.
"Saya di haluan yang tepat. Jika tiada rezeki saya dalam bola sepak, saya akan teruskan dengan aliran pembelajaran.
"Jika tidak seorang guru, mungkin saya seorang pensyarah.
Dari padang ke bilik darjah, bekas pertahanan PDRM Alif Najmi Shaaini kini menjadi seorang guru dan mendedahkan keluar duit poket sendiri tanggung kos pembedahan ACL. 👨🏼🏫@ASTROARENA pic.twitter.com/9qdRTXDp4w
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 1, 2026
"Kalau saya ceritakan komitmen bermain bola dan menjadi pendidik agak seimbang.
"Itulah persiapan untuk menjaga masa depan," kata pemenang MFL Challenge Cup 2023 itu.
Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu kini menabur ilmu di sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur (KL), menjalani latihan praktikal sebagai guru pendidikan jasmani.
Dalam sebuah pengorbanan penuh dedikasi, Alif juga menanggung sendiri kos pembedahan lututnya, membuktikan semangat seorang pemain tidak pernah padam, walaupun cabaran mendatang.
"Itu kesanggupan saya bermain bola sepak.
"Saya membuat keputusan menanggung sendiri selepas berbincang dengan pengurusan.
"Malangnya, tiada kata sepakat.
"Pengorbanan saya agak besar dalam bola sepak.
"Setakat ini sahaja rezeki saya," tambahnya.