Skip to main content

Badminton

Badminton: Goh Jin Wei sambar gelaran juara

jin wie

Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, dinobatkan sebagai juara di Kejohanan SBH Badminton Singapore International Challenge 2026 sebentar tadi.

Jin Wei menewaskan prospek dari Indonesia, Komang Ayu Cahya Dewi, menerusi aksi straight set, 21-11,21-11, dalam tempoh 30 minit.

Advertisement

 

 

 

Untuk rekod, pemain berusia 26 tahun itu akan menyertai skuad Piala Uber negara 2026 di Denmark yang akan membuka tirai pada 24 April hingga 3 Mei nanti. 

 

 

 

 

 

Must Watch Video