Pemangku ketua jurulatih Terengganu, Tengku Hazman Raja Hassan pelik dengan insiden gol Terengganu dibatalkan terus merencatkan misi meraih empat kemenangan berturut-turut pasukan.
Kontroversi di separuh masa pertama itu berlaku apabila keputusan pembatalan jaringan dari pengadil perlawanan, Mohd Fusser Mad sallih, diputuskan selepas tiga minit jaringan berlaku.
Advertisement
Skuad Peteh berada di tempat kelima selepas tewas kepada Kuala Lumpur (KL) City di tempat sendiri, semalam.
"Apa-apapun saya terima.
"Tapi, perkara sudah berlaku di hadapan pengadil. Ia sudah berjalan tiga minit ke depan.
"Banyak proses sudah terjadi.
"Tiba-tiba keputusan itu ditarik.
"Bagaimana jika kami memang tidak skor, adakah insiden itu diteliti juga?
"Saya tidak faham," katanya.