Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Alif Ashraf berpangkalan di bengkel sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

motor.jpg
Walaupun rancak dengan kempen Petronas MAM Malaysian Cub Prix musim ini, Muhd Alif Ashraf Tahiruddin, gigih mengusahakan bengkel, DMS Motorsport, di samping bapanya yang turut merupakan mekanik bagi menambah sumber kewangan.

Mulakan perusahaan bengkel tersebut pada 2017, Alif Ashraf banyak terhutang budi dengan kancah Cub Prix kerana menyediakan pelantar buatnya mempamerkan kegarangannya di atas litar menerusi kebolehan serta teknik yang diwarisi daripada bapa serta abangnya, Aiman Tahiruddin, yang kini bersama Jetron Yamaha YY Pang.

"2019 merupakan tahun terakhir saya bersama Yamaha Maju Motor dan selepas itu saya banyak menghabiskan masa bersama ayah saya di bengkel ini.

"2022 saya dan ayah membuat keputusan untuk menyertai kategori CP125 sebagai perlumba persendirian, jadi kami banyak mengeluarkan modal sendiri untuk mencari ramuan rahsia ke atas jentera kami meskipun sukar bersaing bersama pasukan besar.




"Saya hanya mengikuti jejak pelumba lain, ekori kedudukan mereka dan belajar mengenai kelemahan mereka.

"Setiap perlumbaan saya akan meminta nasihat daripada abang saya sebagai persediaan memandangkan dia adalah pelumba CP150  ," katanya.

Advertisement

Must Watch Video