Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Afizi lega pertukaran pasukan lahirkan kejayaan

afizi.jpg
'Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan', itulah ceritera yang menyelubungi Stadium Mini Teluk Intan dengan kejayaan pelumba yang telah lama sepi dari sebarang kejuaraan, Afizi Supaat bagi kategori CP125 dalam saingan Cub Prix.

Manis dan mengujakan, penantian lapan tahun Afizi yang menyeksakan.

Berada di podium sahaja sudah memberi makna besar  kepada pelumba itu meskipun tidak berjaya mengekalkan kedudukan pendahulu yang dimilikinya setelah dipintas adam haikal pada selekoh pusingan U terakhir. 

Pertukaran pasukan dari J Motor Works Racing Team kepada ONEXOX TKKR Racing Team pada pusingan keempat ternyata merupakan percaturan yang tepat bagi dirinya sekaligus menyaksikan kejayaan pertama diraih pasukan tersebut.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Pasukan saya telah banyak membantu untuk saya dalam memastikan kemenangan kali ini," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video