Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Azroy terpantas di Sepang

image_2020-12-18_192549.png
Azroy Hakeem Anuar terus mempamerkan tunggangan cemerlang bagi mengukuhkan cengkaman kedudukan kejuaraan CP150 diteruskan dalam aksi kelayakan.

Sesi itu menyaksikan dia dicabar hebat penunggang OneXOX TKKR Racing Team, Ramdan Sosli dan wakil Ipone Yamaha YYPang Racing Team, Izzat Zaidi Salehan.

Hanya 0.194 saat memisahkan Azroy dan Ramdan untuk dia memulakan perlumbaan esok di petak pertama.

Ini susulan masa terpantas direkodkan Azroy menerusi catatan 1:17.573s.

Sementara dalam saingan CP125 pertembungan sengit antara bintang OneXOX Racing Team dan OneXOX TKKR, Abdul Muhaimin Roslan dan Hafiza Rofa.

Cuaca mendung dan hujan gerimis memaksa penunggang untuk berada di bawah tekanan merekodkan masa terpantas secepat mungkin.

Advertisement

Must Watch Video