Skuad chinlone negara memberikan saingan, namun kesudahannya terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila tumpas kepada Thailand dalam final acara non-repetition primary Sukan SEA ke-29 Di Stadium Tertutup Titiwangsa, sebentar tadi.
Malaysia tewas dengan perbezaan 63 mata apabila mengumpul 300 mata manakala pesaing kuat itu meraih 363 mata.
Skuad negara melangkah ke peringkat akhir selepas mengumpul 298 mata dan Thailand 372 mata dalam pusingan round robin pada sebelah petang untuk mengetepikan Kemboja (280) dan Brunei (147).
"Hantaran lemah memberi ruang kepada Thailand untuk menjauhkan kedudukan. Bagi saya, hantaran di antara pemain Malaysia agak perlahan berbanding hantaran yang dilakukan oleh Thailand.
"Bagaimanapun, kami telah mempamerkan aksi yang terbaik kerana tidak pernah berjaya mengutip mata sebegini banyak," kata pemain negara, Faiz Roslan.
Kejayaan itu menutup gelanggang chinlone di mana Malaysia juga meraih satu emas menerusi disiplin linking dan dua gangsa masing-masing dalam same stroke dan non-repetition secondary.
Ia pencapaian terbaik Malaysia sejak acara itu mula dipertandingkan pada edisi 2013 di Myanmar.
Untuk rekod, pada edisi 2015 di Singapura, Malaysia meraih satu pingat perak dan satu gangsa.
Skuad negara merangkul enam pingat gangsa ketika negara pengasasnya, Myanmar, menjadi tuan rumah edisi 2013.