Tiada penyesalan di sebalik pengumuman persaraan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, yang berusia 33 tahun, pada 3 September 2020 selepas 11 tahun bersama skuad kebangsaan dan dia berkongsi mengenai kehidupannya usai keputusan tersebut diambil.
Afifah, yang turut menceburi bidang lakonan selama setahun setengah, kini lebih cenderung kepada karier kejurulatihan dan 2025 menjadi tahun keduanya membuat persediaan bagi pasukan Perak menjelang Sukan Malaysia (Sukma) akan datang, selepas dia turut bersama negeri tersebut dalam Sukma Sarawak yang lalu.
Bekas juara boling berpasukan wanita dalam Kejohanan Dunia 2017 itu juga berkongsi sejumlah 28 atlet muda direkrut berumur sekitar 7 hingga 16 tahun kini menuntut di Akademi Syaidatul Afifah selepas tiga tahun ia ditubuhkan.
Akui tahun 2023, pada tahun pertama akademi itu ditubuhkan, ia merupakan tahun yang penuh cabaran untuk Afifah mendalami dan memahami dunia baru itu. Namun, kini akademinya kini teguh berdiri dengan sokongan penajaan besar seperti syarikat penerbangan tempatan, Air Asia, dan lokasi latihan di Sunway Megalanes.
Dana juga turut diguna pakai untuk perkembangan pelajar cemerlan dihantar ke saingan tempatan, seperti Terbuka Malaysia, Tertutup Malaysia dan Terbuka Kuala Lumpur.
Ini terbukti bahawa persaraan bukanlah penamat karier seseorang atlet, malah Afifah masih memilih untuk mengharumkan nama negara dengan penubuhan Akademi Syaidatul Afifah.