Skip to main content

Tenis

Carlos Alcaraz makin selesa aksi di gelanggang rumput

carlos-alcaraz.jpg
Carlos Alcaraz melaungkan amaran kepada pesaingnya apabila percaya bagaikan telah bermain di atas rumput selama 10 tahun menjelang Terbuka Wimbledon. 

Pemain berusia 20 tahun dari Sepanyol itu hanya beraksi dalam kejohanan ketiganya di permukaan rumput itu dan yang pertama selain di gelanggang SW19.

Alcaraz akan menentang pemain Australia, Alex De Minaur, dalam perlawanan akhir di Queen's Club, awal pagi esok, selepas mendominasi pemain Amerika Syarikat, Sebastian Korda, 6-3 dan 6-4.

“Saya beraksi dengan hebat dan berasa hebat,” katanya. 

“Saya sangat gembira untuk bermain final pertama saya di rumput, dan lebih-lebih lagi di sini di Queen's.

 

“Saya semakin cergas. Saya berasa semakin baik dalam setiap perlawanan. Saya rasa saya telah beraksi selama 10 tahun di atas rumput. 

"Saya tidak menjangkakannya.”

Sekiranya Alcaraz memenangi gelaran itu, dia akan memintas Novak Djokovic sebagai pemain nombor satu dunia dan menjadi pilihan utama di Wimbledon.

"Sejujurnya pada awal minggu saya tidak tahu bahawa saya berpeluang merampas nombor satu," tambahnya.

“Tetapi apabila saya menang semalam, mereka memberitahu saya dan ia adalah motivasi tambahan. Ia bermain dalam fikiran saya dan saya akan meneruskannya. Menjadi pilihan utama dan nombor satu adalah impian.”

Advertisement

Must Watch Video