Ketua jurulatih skuad boling tenpin negara, Holloway Cheah, masih belum sedia untuk mengumumkan empat pemain yang akan mengibarkan cabaran negara dalam Sukan SEA Filipina, November depan di sebalik persembahan hambar dalam Kejohanan Dunia Wanita.
Skuad negara tiba ke tanah air hari ini selepas mengharungi kempen mengecewakan dalam kempen di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), minggu lalu itu apabila gagal mempertahankan kejuaraan yang diraih tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau masih optimis dengan barisan sedia ada berikutan tidak mempertaruhkan ratu boling negara, Shalin Zulkifli, apabila bertindak menyenaraikan pemain muda, Nerosha Keligit.
Jurulatih berusia 72 tahun itu sebaliknya menggesa barisan pemainnya agar segera melupakan insiden di Las Vegas itu kerana mereka mempunyai satu lagi tugasan penting, iaitu Kejohanan Asia di Kuwait bulan depan sebelum mendapat gambaran terbaik untuk menamakan empat pemain utama yang akan ke temasya Filipina 2019.
"Masih terlalu awal (untuk menamakan barisan pemain) kerana kami masih belum mengetahui 'pattern' (jenis lorong yang akan dipertandingkan) kerana ia amat penting. Ada pemain yang bagus untuk beraksi dalam sesuatu lorong itu dan begitu juga sebaliknya.
"Saya perlu tunggu sehinggalah ia sudah disahkan, barulah saya boleh menamakan barisan skuad negara. Jadi ketika ini, saya hanya mempunyai senarai pendek (atlet yang akan dipertaruhkan)," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Skuad boling negara diletakkan sasaran empat pingat emas dalam Sukan SEA memandangkan dua tahun lalu di Kuala Lumpur, mereka meraih tujuh emas, dengan tiga daripadanya hasil sumbangan skuad wanita.
"Berdasarkan tahap (ketika ini), prestasi skuad negara dalam keadaan baik.
"Selain menyaksikan Singapura memenangi acara Masters, (prestasi pemain negara dalam) kebanyakan acara masih mantap, cuma gagal menyerlah dalam 'game' terakhir.
"Jadi, saya berasakan kami sedia memberikan saingan hebat dalam Sukan SEA.
"Namun, (kami perlu berwaspada kerana) prestasi Indonesia meningkat dengan pesat, termasuklah Filipina."