Skip to main content

Sukan SEA

Boling padang: Permukaan padang timbul kegusaran

bolingpadang.jpg
Perbezaan permukaan padang di Filipina menjadi kegusaran dan cabaran utama jurulatih boling padang negara, Zuraidi Putih, menjelang Sukan SEA yang bermula 30 November depan.

Skuad boling padang negara membuat sidang media di Majlis Sukan Negara (MSN) bagi membincangkan mengenai persiapan serta sasaran mereka bagi temasya dwitahunan itu.

Senarai akhir atlet yang bakal beraksi di Manila menyaksikan 10 atlet lelaki manakala sembilan atlet wanita. 

Lima pingat emas menjadi sasaran skuad negara bagi Sukan SEA edisi ke-30 berbanding tujuh emas yang diraih dua tahun lalu.

Sementara itu, venue boling padang di Manila yang menggunakan permukaan padang rumput menjadi cabaran dan kesukaran barisan atlet negara yang berlatih di atas padang sintetik di Malaysia.

Ikut laporan lanjut dalam Nadi Arena jam 5.30 petang dan 7.30 malam.

Advertisement

Must Watch Video