Pemain berpasangan wanita boling padang negara, Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji, mengharapkan gandingan mereka berdua akan terus dikekalkan selepas percubaan pertama mereka dalam Sukan Komanwel memberi pulangan berbaloi dengan kejayaan pingat emas.
Siti Zalina lebih dikenali melalui perseorangan wanita apabila memenangi emas dalam edisi 2002 di Manchester dan 2006 di Melbourne sebelum kemunculan Emma yang membuatkan dia kini sukar beraksi dalam acara kegemarannya itu.
Namun, persaingan sihat mereka berdua nyata membawa kebaikan apabila digandingkan bersama dalam temasya Gold Coast 2018 yang akhirnya membutirkan emas yang tidak dijangka buat negara.
Sebelum ini, jurulatih, Simon Botha, mengharapkan berpasangan lelaki atau berpasukan wanita mampu menjelmakan emas kepada skuad boling padang negara.
"Apabila jurulatih menggandingkan saya dengan Zalina, rasa bersyukur kerana cara permainan kami hampir sama, jadi komunikasi kami lebih mudah.
"Kami lebih terbuka dan ia membantu," kata Emma.
Dalam masa sama, Zalina tidak mahu melupakan jasa seorang lagi pemain senior, Norhashimah Ismail, dalam beberapa temasya lalu kerana sering bersama dalam acara berpasangan wanita.
Dia cukup menghargai Norhashimah yang dianggap seperti kawan karibnya kerana banyak pengorbanan telah dilakukan bersama sejak 20 tahun lalu.
"Apa yang saya dan Emma capai, saya tidak boleh menolak sahabat saya begitu sahaja kerana sebelum berganding dengan Emma, saya telah memperoleh pelbagai kejayaan dengannya.
"Hari ini, saya dengan Emma tetapi apa yang telah dilalui tidak akan dilupakan," ujar Siti Zalina.