Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul, akur dengan keputusan Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) yang enggan mengadakan undian semula membabitkan pasukan yang bertanding dalam temasya berkenaan.
Sebelum ini, undian peringkat kumpulan bagi acara bola sepak telah diadakan di Jakarta pada 5 Julai lalu dengan 24 pasukan dibahagikan kepada enam kumpulan.
Begitupun dua pasukan -- Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Palestin -- tercicir daripada senarai itu sehingga wujud gesaan supaya undian diadakan semula.
Menurut Windsor, AFC hanya berperanan untuk menasihati serta membantu INASGOC dalam proses itu tetapi akhirnya mereka memutuskan hanya membuat undian terhad di ibu pejabat AFC, Bukit Jalil, hari ini, sekaligus menyaksikan UAE dan Palestin diundi dalam kumpulan sedia ada.
Hasilnya, Malaysia bakal mengharungi laluan yang lebih berliku apabila UAE diundi dalam Kumpulan E.
Jelas Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria, segala keputusan tertakluk kepada OCA dan INASGOC mengenai perkara itu.
"Kami menghormati setiap undian yang telah dilakukan sebelum ini dan undian untuk dua pasukan ini merupakan jalan penyelesaian terbaik," katanya.
Sebelum ini, undian peringkat kumpulan bagi acara bola sepak telah diadakan di Jakarta pada 5 Julai lalu dengan 24 pasukan dibahagikan kepada enam kumpulan.
Begitupun dua pasukan -- Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Palestin -- tercicir daripada senarai itu sehingga wujud gesaan supaya undian diadakan semula.
Menurut Windsor, AFC hanya berperanan untuk menasihati serta membantu INASGOC dalam proses itu tetapi akhirnya mereka memutuskan hanya membuat undian terhad di ibu pejabat AFC, Bukit Jalil, hari ini, sekaligus menyaksikan UAE dan Palestin diundi dalam kumpulan sedia ada.
Hasilnya, Malaysia bakal mengharungi laluan yang lebih berliku apabila UAE diundi dalam Kumpulan E.
“Sebab mengapa dibuat pengundian secara terhad dan bukannya terbuka, itu kena merujuk kepada OCA (Majlis Olimpik Asia) dan INASGOC.
“AFC cuma membantu dalam mengendalikan perkara-perkara teknikal dan kami dimaklumkan oleh OCA dan INASGOC untuk membuat pengundian terhad, iaitu hanya melibatkan dua pasukan," kata Windsor.
Sementara itu, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menafikan mereka mempunyai peranan dalam mempengaruhi INASGOC agar tiada undian semula dilakukan.Jelas Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria, segala keputusan tertakluk kepada OCA dan INASGOC mengenai perkara itu.