Skip to main content

Bola Sepak

Turan Tovus-CAS: 'Perlu diingatkan Jawatankuasa Disiplin AFFA telah haramkan tujuh pemain kami'

aa
Advertisement

Kelab Azerbaijan, Turan Tovus, diisytiharkan tidak layak menyertai Liga Conference Europa musim depan selepas pentadbir bola sepak UEFA memutuskan kelab itu terlibat dalam aktiviti bertujuan mempengaruhi keputusan perlawanan.

Pengerusi Badan Rayuan UEFA menjelaskan Turan Tovus gagal memenuhi kriteria kemasukan susulan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti bertujuan mengatur atau mempengaruhi keputusan perlawanan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa".

Advertisement

Untuk rekod, kelab itu menduduki tempat ketiga dalam saingan Liga Utama Azerbaijan yang menjamin tempat mereka untuk mara ke pusingan kelayakan Liga Conference Europa musim depan.

 

Advertisement

 

 

 

Sementara itu, pasukan itu menjelaskan keputusan itu adalah berdasarkan kes disiplin 2019 dimana tujuh pemain kelab diharamkan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak kerana mengatur perlawanan oleh badan pentadbir bola sepak negara itu (AFFA).

"Jawatankuasa Disiplin UEFA menjalankan siasatan sama ada kelab kami memenuhi kriteria itu.

"Perlu diingatkan bahawa Jawatankuasa Disiplin AFFA telah mengharapkan tujuh pemain kami, yang baraksi dalam Divisyen 1 musim 2019/20, daripada terlibat semua aktiviti berkaitan bola sepak." kongsi kelab.

Kelab itu akan mengambil langkah perundangan dan merayu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi mengubah keputusan penyertaan mereka.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video