Skip to main content

Sukan SEA

Bola sepak: Jafri buru slot penyerang utama

image-(2).png
Penyerang skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Jafri Firdaus Chew, mengakui mahu merebut kembali tempat dalam kesebelasan utama selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Laos, kelmarin.

Begitupun, pemain Pulau Pinang ini akur beraksi hambar ketika aksi pembukaan Sukan SEA berdepan Brunei, lantas dia menggandakan usaha ketika diberi peluang berdepan Laos.

"Saya bersyukur kerana berjaya mempamerkan persembahan yang terbaik. Saya telah cuba memberikan yang terbaik untuk mendapatkan semula tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

"Semua pemain telah bersedia menghadapi saingan separuh akhir, jika diberikan rezeki, kami akan layak ke final," katanya.

Melihat kepada prestasi rakan penyerang lain -- S. Kumaahran dan N. Thanabalan -- yang kini berada di tahap terbaik, Jafri bertekad untuk terus bersaing merebut tempat dengan dua gol berdepan Laos sebagai permulaan terbaik. 

"Setiap pemain di dalam pasukan mampu bermain jika diturunkan. Kami memiliki enam penyerang dan setiap seorang memiliki kualiti tersendiri," tambahnya.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
 

Advertisement

Must Watch Video