Setiausaha Agung Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Arif Astaman, berkata badan induk itu menyokong keputusan Pengarah Teknikal, John Beasley, untuk hanya menghantar Nurul Izzah Izzati Asri ke Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Chile bulan depan.
Mengakui keputusan itu menimbulkan kekecewaan pelumba negara, khususnya trio pecut berpasukan, yang dibarisi Fadhil Zonis, Akmal Nazimi dan Ridwan Sahrom, Arif berkata kesemua mereka semenangnya cakna mengenai syarat baru itu, yang telah ditetapkan sejak Januari lalu.
"Atlet kita menyedari bahawa itulah catatan masa yang diwajibkan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
"Di peringkat PKBM, kami bersetuju dengan pendekatan bahawa mereka sudah diberi ruang dan sasaran, dan sudah tiba masa untuk mengambilnya secara serius.
"Jika mereka tidak melepasi ketetapan itu, saya tahu ia sesuatu yang menyakitkan dan sukar untuk diputuskan, tetapi pada masa sama, kami sangat cakna bahawa kebanyakan daripada dana yang kami peroleh adalah daripada pembayar cukai, jadi kami perlu menjadi amat-amat bertanggungjawab," katanya lagi.
Terdahulu, Beasley, dalam Nadi Arena semalam, mendedahkan bahawa trio negara itu mencatatkan masa 44.46 saat dalam sesi percubaan acara pecut berpasukan dan gagal melepasi rekod kebangsaan, 43.934 saat, yang dilakukan Datuk Azizulhasni Awang, Shah Firdaus Sahrom dan Fadhil dalam Sukan Asia di Indonesia pada 2018.
Bekas ketua jurulatih skuad negara itu turut berkata pihaknya mahu mengelakkan pembaziran memandangkan kos yang tinggi untuk ke kejohanan itu, di samping penerbangan yang memakan masa 30 jam.