Kem para negara menambah pingat menerusi Yusof Hafizi yang mengekalkan dominasinya dalam perlumbaan penyingkiran serta acara scratch C1 Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2025, hari ini.
Sensasi Yusof itu menjadikan dirinya pelumba terbaik di Velodrom Nilai menerusi pencapaian keseluruhan lima emas selepas turut mengungguli acara ujian masa 1 serta 3km dan pecut individu.
Namun, di sebalik kejayaan merangkul lima emas itu, dia terpaksa membayar kejayaan itu dengan harga yang mahal apabila otot kaki kirinya koyak.
Situasi ini mendatangkan kegusaran buatnya yang kini mengalihkan fokus persiapan siri Piala Dunia di Belgium dan Itali yang bermula Mei hadapan.
"Persembahan saya di tahap terbaik ketika ini.
"Tetapi disebabkan kecederaan ketika latihan, saya hanya mampu berikan yang terbaik.
"Ketika menambah pecutan, otot kaki saya berasa pedih.
"Saya perlu tambah kekuatan dan kelajuan untuk acara idividu," katanya di Nadi Arena.