Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill, memandang serius insiden yang tular berkenaan isu antara sekumpulan penunggang basikal dan kenderaan awam, baru-baru ini.
Katanya, aktiviti berbasikal dibenarkan di jalan raya awam kecuali terdapat larangan khusus selepas proses pewartaan seperti di lebuh raya atau melalui papan tanda yang melarang aktiviti berkenaan dan PKBM dari semasa ke semasa akan memantau insiden seumpama itu.
Dalam masa sama, Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) itu juga menyeru supaya individu atau komuniti berbasikal mematuhi undang-undang jalan raya dan lalu lintas serta mengambil langkah keselamatan dengan syarat yang ditetapkan.
Amarjit turut menegaskan bahawa penunggang basikal juga mempunyai hak sebagai pengguna jalan raya di negara ini.
Berikutan situasi itu, PKBM meminta pihak polis menjalankan siasatan kerana kerisauan yang melanda apabila ada ugutan atau ancaman kepada golongan itu sehingga ada yang menghasut pengguna jalan raya supaya melanggar mereka secara sengaja.
"Hantaran berkenaan adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan bersifat ugutan jenayah yang mengancam nyawa ribuan penunggang basikal yang menggunakan jalan raya awam setiap hari.
"Penunggang basikal juga berhak sebagai satu kumpulan pengguna jalan raya dan apa-apa kemalangan yang disengajakan kepada mana-mana penunggang basikal menggunakan kenderaan bermotor boleh menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.