Majlis Sembang Santai bersama legenda sepak takraw Malaysia berlangsung di sebuah hotel terkenal di Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.
Antara yang hadir ialah bekas pemain kebangsaan, Abdul Malek Samsudin, iaitu pemenang tujuh pingat emas dalam pelbagai kejohanan termasuk Sukan SEA dan Sukan Asia.
Dalam sesi temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, Malek menasihatkan barisan pemain utama negara supaya terus mempertingkatkan prestasi bagi merealisasikan impian emas kem sepak takraw negara.
"Malaysia perlu mengkaji kekuatan lawan.
"Apakah kelebihan dan kelemahan mereka," katanya.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan, menyatakan bahawa program itu berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh hubungan antara legenda dan pemain semasa.
Dalam masa sama, Sumali turut mengulas pengumuman Belanjawan 2026 untuk sektor sukan bernilai RM580 juta oleh Perdana Menteri, diharap dapat dimanfaatkan untuk memperkukuh pembangunan sukan termasuk sepak takraw di peringkat nasional dan antarabangsa.
"Ia positif dan bajet yang besar.
"Ada isyarat untuk memberi tumpuan kepada sukan yang menyatupadukan rakyat Malaysia, dan sepak takraw amnya.
"Kami akan cuba untuk mendapatkan bajet-bajet tertentu untuk menjadikan sepak takraw lebih mesra peminat dan meriah," katanya di Nadi Weekend.