Kepimpinan baru Malaysia Athletics (MA) diterajui presiden iaitu Karim Ibrahim untuk memulakan revolusi baru dengan membariskan bekas atlet sebagai muka baru bagi penggal 2025/29.
Bekas atlet negara yang dipanggil untuk membarisi MA diterajui Datuk Zaiton Othman, bekas atlet pecut, G.Shanti dan Zaidatul Husna Zulkifli, bekas jaguh lompat bergalah, Roslinda Samsu serta bekas atlet rejam lembing, Datuk Sri Harjit Singh.
Selain membawa masuk kudrat dan pengalaman bekas atlet negara, Malaysia Athletics turut mengangkat mantan presidennya iaitu Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sebagai presiden seumur hidup sebagai tanda penghargaan tertinggi atas kepimpinan dan sumbangannya.
MA turut mengumumkan tarikh saingan Terbuka Malaysia 2025 adalah daripada 29 hingga 31 Ogos di Perlis.
"Kita lantik mereka yang boleh melaksanakan tugas mereka dalam beberapa jawatan sebagai pengerusi. Mereka dari masa ke semasa akan kemukakan idea penting kerana mereka bekas atlet.
"Mereka sebulat suara setuju untuk kami teruskan program ini, kita akan jalankan kerja dan tidak tinggalkan mana-mana pihak." katanya.
Sementara itu, MA turut melakukan perubahan dalam perlembagaan dengan mewujudkan jawatan Setiausaha Agung yang disandang Nurhayati Karim tatkala jawatan pengurus besar menjadi milik Zaidatul Husna.
"Saya tahu tanggungjawab besar, saya akan cuba sedaya upaya. Saya akan uruskan barisan pentadbiran agar lebih adil buat atlet memandangkan saya juga bekas atlet kebangsaan." tambah Zaidatul.