Skip to main content

Sukan

BASIKAL - Datuk Azizulhasni kembali ke pertandingan bulan depan

azizulhasni.jpeg
Pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang sudah kembali ke latihan sepenuhnya beberapa minggu lalu selepas dilanda kecederaan yang menyaksikan beliau tidak beraksi di Sukan Asia Hangzhou September lalu.

Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley berkata Azizul ketika ini jalani peringkat latihan keras dengan persediaan untuk hadapi kejohanan pecut dan keirin UCI Kelas 1 di Melbourne pada Disember.

"Azizul sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan sudah kembali kepada latihan sepenuhnya," kata Beasley kepada Stadium Astro. "Saya gembira dengan perkembangan beliau.

"Beliau akan serta kejohanan di Melbourne Disember ini di mana Azizul akan tunjukkan kepada semua peminat bahawa beliau dalam persediaan terbaik menuju kelayakan Olimpik Paris 2024. 

"Sudah tentu sasaran ialah podium di Melboune, kerana Azizul seorang yang berkualiti tinggi dengan keinginannya untuk bersaing adalah tinggi."

Azizul alami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan selepas terbabit dalam kemalangan ketika latihan berkelajuan tinggi di Velodrom Nasional Nilai ,September lalu sekaligus terpaksa menarik diri daripada Temasya Sukan Asia.





Beasley turut berterima kasih dengan pasukan pengurusan program RTG yang bertindak pantas untuk memenuhi permintaan Azizul.

"Selalunya proses perkhidmatan yang disaluarkan agak lambat, tetapi kali ni saya begitu kagum dengan cara sistem RTG berfungsi," kata Beasley. "Ia berfungsi sebagai satu program berprestasi tinggi dan inilah caranya kita boleh berikan tahap penjagaan yang terbaik kepada atlit kita.

"Terima kasih banyak kepada pasukan RTG," tambah Beasley.

Advertisement

Must Watch Video