Skip to main content

Sukan Lain

Azizulhasni naik ranking kedua dunia

azizulhasni.jpg
Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, merampas ranking kedua dunia acara keirin selepas cemerlang meraih enam pingat emas dalam tempoh seminggu ketika beraksi dalam kejohanan tempatan dan antarabangsa sebelum pulang ke Melbourne, Australia.

Azizulhasni berjaya naik tiga anak tangga dalam ranking dunia sejak minggu lalu dan pelumba dari Terengganu itu menyatakan rasa puas selepas melalui cabaran sejak permulaan musim ini.

"Alhamdulillah, saya bersyukur. Selepas berhempas-pulas untuk awal musim ini, di mana saya beraksi dalam Grand Prix Asia Tenggara serta Kejuaraan Antarabangsa di Nilai, kemudian terus menghadapi satu kejohanan di Beijing. Daripada ranking kelima, saya naik dua anak tangga," katanya.

Dalam masa sama, dia menegaskan tidak mahu terburu-buru untuk kembali merampas ranking pertama dunia yang kini dipegang oleh wakil Jepun, Yudai Nitta.

"Buat masa sekarang, saya tidak mengejar usaha merampas ranking pertama dunia kerana fokus utama adalah mempersiapkan diri ke Olimpik Tokyo.

"Keutamaan saya adalah meraih pingat emas di sana, jadi persoalan ranking bukan perkara utama. Namun, situasi ini menjadi motivasi terbaik buat saya ketika ini," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video