Skuad olahraga negara tidak mahu mengambil langkah terburu-buru menghantar atlet sensasi olahraga, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, menyertai Sukan SEA di Filipina, November depan.
Ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan yang baru, Mohd Manshahar Abd Jalil, menegaskan atlet remaja sensasi berusia 15 tahun itu perlu mengikuti perkembangan mengikut umurnya dan tindakan terburu-buru boleh menjejaskan perkembangannya.
“Bagi saya, Muhammad Azeem terlalu muda untuk Sukan SEA. Saya dah berbincang dengan jurulatihnya (Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah), belum tiba masanya untuk dia menyertai kejohanan peringkat umur dewasa.
“Tekanan, persaingan dan cabarannya berbeza, terlalu awal untuk Azeem. Dia perlu ikut langkah demi langkah, ada banyak lagi kejohanan peringkat remaja yang boleh disertainya seperti Kejohanan Remaja Asia,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Manshahar turut menegaskan bahawa pelajar SMK Gunung Rapat, Perak itu, belum layak secara merit ke Sukan SEA walaupun telah mencatatkan 21.15 saat apabila meraih emas acara 200m dalam Kejohanan Sekolah-Sekolah Thailand (TSSG) di Khong Kaen, Thailand pada Isnin lalu yang mengatasi catatan pingat gangsa Sukan SEA 2017.
Catatan itu menempatkan Muhammad Azeem di kedudukan ketiga terpantas Malaysia acara 200m bagi musim ini di belakang pemegang rekod kebangsaan, Russel Alexander Nasir Taib, yang memiliki 20.77s dan Jonathan Nyepa (20.92s) serta kesembilan terpantas keseluruhan.
Dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Trenten Anthony Beram dari Filipina meraih emas dengan mencatatkan 20.84s manakala Jirapong Meenapra (21.22s) dari Thailand dan G. Aravin Thevar (21.26s) masing-masing meraih perak dan gangsa.
Sementara itu, Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Mumtaz Jaafar, berpendapat adalah lebih baik untuk menyenaraikan Muhammad Azeem ke temasya dwitahunan itu sekiranya remaja itu mampu mencatatkan masa lebih pantas berbanding Russel dan Jonathan.
Sebuah negara hanya boleh menyenaraikan dua atlet bagi satu acara.
“Saya rasa sayang kalau tidak pergi selepas layak. Apa pun, saya serahkan kepada ketua jurulatih untuk membuat pemilihan atlet ke Sukan SEA,” katanya.
Dalam masa sama, Mumtaz turut mengesahkan peletakan jawatan Pengurus Besar KOM, Lt Kol (B) B. Kalaimoney, dua hari lalu.
“Beliau menyerahkan notis 24 jam pada Isnin. Presiden KOM, Datuk S.M. Muthu, mahu beliau kekal tetapi beliau tidak mahu. Beliau tidak memberitahu alasan untuk melepaskan jawatannya,” katanya.
Kalaimoney dilantik oleh bekas presiden, Datuk Karim Ibrahim, pada Jun lalu sebelum tewas kepada Muthu dalam pemilihan KOM pada akhir Jun.
-- BERNAMA