Atlet pecut sensasi negara, Azeem Fahmi tanam tekad untuk memburu kelayakan secara merit di temasya berprestij Olimpik Los Angeles 2028.

Debut olimpik yang akan dibuat Julai ini bakal menjadi pentas Azeem memanfaatkan peluang beraksi di temasya yang menampilkan juara-juara terkenal dunia.

"Olimpik seterusnya saya kena pastikan untuk layak ke Olimpik secara merit tanpa menggunakan slot tiket universal.






"Jurulatih saya tahu kerja keras dan usaha yang saya kerah sepanjang karier untuk akhirnya meraih peluang bertanding di temasya ini," katanya.

Keyakinan untuk berdiri di pentas dunia didorong dari kisah seorang atlet Kanada, Andre De Grasse yang merupakan pemenang emas acara 200 meter Olimpik Tokyo 2020.

Mentaliti juara yang dijulang Andre jadi pegangan buat Azeem untuk sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah mengalah meski terpaksa mengharungi detik-detik kejatuhan karier.

Tambahnya lagi, dia juga menegaskan atlet muda untuk sentiasa mendahulukan pembelajaran meskipun terpaksa sibuk dengan latihan sukan.