Berbaki tiga hari sebelum temasya Sukan Remaja Asia (AYG) 2025 Bahrain berakhir, prestasi kontinjen remaja negara dilihat cemerlang apabila setakat ini selepas menghadiahkan satu emas, dua perak dan sembilan gangsa.
Unggul sebagai pemenang emas tunggal negara menerusi sukan ekuestrian, Puteri Sharifah Ariel Budriah Jamalullail mengakui tidak menjangkakan kejayaan itu, namun cukup berpuas hati dengan catatan 29.85s (saat) diperolehnya yang disifatkan sebagai rekod masa terbaiknya tahun ini.
Tekanan mulai berkurang sejurus melihat beberapa pencabar utama gagal melayakkan diri ke peringkat akhir, aksi terbaik terus dipacu diiringi doa yang dititip sebelum memulakan setiap pusingan.
Tambah atlet berusia 15 tahun itu lagi, latihan intensif di Belanda dan Arab Saudi beberapa minggu sebelum saingan bermula sememangnya membantu meningkatkan mutu tunggangan serta keserasian bersama kuda yang digunakan semasa bertanding.
"Setiap pusingan saya akan membaca doa kerana saya takut, setiap penunggang mereka sangat laju dan bagus.
"Tetapi selepas saya lihat mereka tidak mara ke pusingan akhir dan mungkin saya rasa saya boleh menang. Saya tidak menjangkakan.
"Selepas saya ke Bahrain, saya berada di Arab Saudi berlatih untuk satu minggu, saya dan pasukan berkongsi kuda setiap hari.
"Kadangkala kuda berbeza pada hari kejohanan dan di laman sendiri." katanya.
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang