Perenang negara rata-rata menyambut baik hasrat serta usaha Akuatik Malaysia (MAS) mencari perenang warisan bagi memperkuatkan lagi kem kebangsaan.
Jelas olimpian negara, Khiew Hoe Yean, kehadiran perenang warisan berkualiti pastinya mewujudkan persaingan sihat sesama atlet nago meningkatkan kualiti skuad renang negara secara keseluruhan.
Hoe Yean yang dalam persiapan menuju ke Sukan Universiti Dunia di Jerman 2025 itu turut meletakkan sasaran memperbaiki pencapaiannya dalam edisi 2023 selepas hanya menamatkan acara 200 meter gaya bebas di kedudukan keempat.
"Lebih ramai perenang maka peluang Malaysia menjadi lebih baik.
"Ia akan menwujudkan saingan sihat dalam kalangan perenang Malaysia.
"Ia bukan sahaja memberi kesan kepada perenang muda, malah kami sendiri.
"Saya rasa satu galakan yang amat bagus untuk mereka juga.
"Selepas Sukan Universiti Dunia, kami akan menghadapi Kejohanan Dunia.
"Saya harap mampu meraih catatan lebih baik dan membawa pulang kejayaan buat Malaysia," katanya.
Turut senada adalah seorang lagi perenang, Andrew Goh, yang teruja dengan perancangan MAS sambil menegaskan bahawa dia sedia membuktikan kemampuannya sebagai salah seorang perenang terbaik negara ketika ini.
Perenang berusia 21 tahun itu juga dalam persiapan menuju ke penampilan sulungnya Sukan Universiti Dunia dari 16 hingga 27 Julai depan.
"Ia akan menjadikan saingan bertambah sengit dan meningkatkan mutu perenang tempatan.
"Saya mahu menjadi yang terbaik dan perlu bersaingan dengan tidak kira siapa pun," katanya.