Jaguh skuasy nombor satu negara, S. Sivasangari, menempuhi ranjau berliku sebelum merangkul gelaran dalam Piala Grasshopper di Zurich, Switzerland semalam.
Ia, sekali gus memperbaharui kedudukannya untuk berada selaku pemain nombor lima dunia dan merupakan pencapaian terbaik dalam kariernya setakat ini.
Advertisement
Paling mencuri tumpuan, Sivasangari terpaksa berhempas pulas berjuang selama 81 minit dalam perlawanan separuh akhir menentang wakil Mesir sebelum mara ke final dengan keputusan 11-7, 5-11, 8-11, 11-9, 11-5.
CHAMPION π
Another fantastic performance from @sangari_99 sees her become the @grasshopper_cup champion and your new World No.5 as of Monday 27th ππ€©
Result: π²πΎ [3] Sivasangari Subramaniam beat [2] Satomi Watanabe π―π΅
3-2: 15-13, 5-11, 5-11, 11-7, 11-8 (62m) pic.twitter.com/ouXKyTULQxβ PSA Squash Tour (@PSASquashTour) April 26, 2026
Dia sekali lagi bertempur dalam aksi sengit selama 62 minit menewaskan Satomi Watanabe dari Jepun sebelum bergelar juara edisi kali ini.