Skip to main content

Permotoran

ARRC: Zaqhwan Zaidi belum ada pelarasan tepat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaqhwan-zaidi.jpg
Pelumba ASB 1000 Honda Asia-Dream Racing, Mohammad Zaqhwan Zaidi, bertekad memberi tentangan sengit di Indonesia demi mempertahankan kejuaraan musim 2022 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Zaqhwan menamatkan saingan dengan catatan masa terpantas 1 minit 36.555 saat untuk meraih tempat kedua bagi mengekori pelumba Jerman dari ONEXOX BMW TKKR, Marcus Reiterberger.

Walaupun masih belum menyesuaikan diri dengan litar baru iaitu Litar Mandalika, Zaqhwan, akan memanfaatkan semua maklumat yang dikumpul setakat ini menjelang perlumbaan pertama esok.

"Saya bergantung kepada sesi kelayakan esok sambil mengharapkan petak awal. 

 

"Saya menyasarkan kemenangan dan peluangnya sukar. 

"Kalau ikutkan aksi tadi saya mampu berada di atas podium tapi kena cari penyelarasan terbaik untuk esok. 

"Tiga sesi ujian sebenarnya tidak mencukupi, masih belum ada data untuk mendapatkan penyelarasan yang selesa. 

"Jadi esok saya akan perjudikan pelarasannya," katanya hari ini. 
 

Advertisement

Must Watch Video