Selain persetujuan yang dicapai oleh FIFA dan Amerika Syarikat untuk mewujudkan Visa Khas Laluan Pantas kepada semua pemegang tiket Piala Dunia 2026, ada khabar yang kuat bergelar di mana badan in duk bola sepak dunia itu dikatakan akan memberi anugerah keamanan yang diperkenalkan kepada Donald Trump.
Bagaimanapun setakat ini tiada pengumuman rasmi dikeluarkan oleh FIFA terhadap khabar angin tersebut.
Namun hubungan baik yang semakin rapat selain kunjungan presiden FIFA, Gianni Infantino ke rumah putih kebelakangan ini menguatkan lagi jangkaan tersebut.
Bagaimanapun dalam pertemuan yang diadakan pada Isnin, Amerika Syarikat akhirnya bersetuju untuk mewujudkan visa khas yang membolehkan pemegang tiket piala dunia kali ini memiliki sedikit keistimewaan ketika memasuki Amerika Syarikat sepanjang kejohanan itu berlangsung.
Bagaimanapun Setiusaha Negara A.S, Marco Rubio menjelaskan bahawa kesemua pemegang visa tersebut masih tertakluk kepada proses biasa permohonan dan bukanlah jaminan bahawa semua pengunjung piala dunia nanti terlalu mudah ke negara Uncle Sam itu.
Trump sebelum ini mahu menjadikan kejohanan empat tahun sekali itu sebagai acara utama penggal keduanya serta sambutan ulang tahun ke-250 kemerdekaan Amerika Syarikat tahun depan.

Sepak Padu Dengan Puma
Ringan, power dan bergaya - kasut bola Puma untuk semua.
Grab Sekarang