Pelumba berbasikal trek wanita negara, Anis Amira Rosidi, memastikan Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih pingat gangsa dalam saingan Grand Prix Citta Ke-2 di Velodrom Comunale di Ascoli Piceno, Itali, semalam.
Pelumba berusia 21 tahun dari Perlis itu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam acara keirin wanita individu.
Pingat emas dimenangi pelumba dari Belgium, Nicky Degrendele, manakala perak dikutip pelumba Great Britain, Sophie Capewell.
“Alhamdulillah. Akhirnya berjaya dalam podium bagi acara keirin. Perlumbaan ulung di Itali,” kata Anis Amira dalam entri terkini di akaun Instagramnya hari ini.
Dalam acara pecut wanita individu, Anis Amira yang mewakili pasukan Sime Darby Malaysia menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.
Emas dimenangi Capewell, diikuti pelumba tuan rumah, Miriam Vece, sambil gangsa dimenangi pelumba Sepanyol, Tania Calvo Barbero.
Sementara itu, dalam kategori lelaki, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang layak ke peringkat akhir selepas mencatat masa kelima terbaik, menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh keseluruhan dalam acara pecut lelaki individu.
Pingat emas dimenangi Tjon En Fa dari Surinam, diikuti Jason Kenny dari Great Britain dan Aleksandr Dubchenko dari Russia sambil pelumba berusia 23 tahun kebangsaan itu sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-17 keseluruhan.
-- BERNAMA