Skip to main content

Sukan Lain

Aifa tidak sangka layak ke Kejohanan Dunia

aifa-azman.jpg
Bintang skuasy remaja negara, Aifa Azman, tidak menyangka berupaya layak secara merit ke Kejohanan Dunia sebelum mencecah usia 18 tahun.

Dia akan meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-18 hujung tahun ini dengan layak ke kejohanan di Kaherah, Mesir itu selepas memenangi gelaran dalam Kejohanan Terbuka North Coast di Coffs Harbour, Australia, 25 Ogos lalu.

Sebelum pulang ke tanah air awal minggu ini, dia turut menamatkan kempen di Australia itu dengan satu lagi kejuaraan dalam Terbuka Melbourne.

Aifa akan melalui dua kejohanan pemanas badan sepanjang bulan ini, termasuk Terbuka Malaysia  sebelum Kejohanan Dunia mumbuka tirai bulan depan.

"Yang pertama di Coffs Harbour di mana saya layak untuk ke Kejohanan Dunia.

"Dalam kejohanan itu, saya tidak yakin untuk menang kerana ramai yang datang ke situ untuk menang dan layak ke Kejohanan Dunia.

"Sebelum perlawanan pertama, saya diundi untuk berdepan Sarah Cardwell, yang juga pilihan kedua kejohanan.

"Sebelum ini, semua rakan sepasukan saya kalah kepadanya.

"Pada awalnya, saya tidak bersedia tetapi saya memberitahu jurulatih yang saya tahu cara permainan saya.

"Selepas menewaskan Sarah Cardwell, saya tahu saya boleh menjuarai kejohanan ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video