Atlet bowling negara, Adrian Ang, muncul juara Jelajah Bowling Asia di Macau selepas mengharungi cabaran sehingga balingan terakhir ketika berdepan wakil Korea Selatan, Baek Jong Yun, yang mara ke final dengan menewaskan seorang lagi wakil negara, Alex Liew.
Adrian yang menempah slot ke final kali ini selepas mengatasi Lee Teck Man dalam separuh akhir, menghasilkan aksi cemerlang dengan mengekalkan aksi konsisiten.
Bertemu Jong Yun, Adrian sekali lagi mempamerkan persembahan mantap, namun balingan terakhirnya agak mengecewakan selepas hanya menjatuhkan sembilan pin.
Bagaimanapun, tuah memihak kepada Adrian apabila percubaan balingan strike Jong Yun juga gagal disempurnakan dan wakil negara itu menang tipis dengan kelebihan satu pin 268-267.
Kredit imej: Malaysian Tenpin Bowling Congress (MTBC) The official FB page