Pemerhati sukan negara, Dr. Faithal Hassan, mempersoalkan sikap berdiam diri Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS) mengenai kes doping seorang atlet olahraga remaja negara dengan menyifatkannya sebagai tidak mencerminkan sebuah badan bebas.
ADAMAS sepatutnya menjadi sebuah badan bebas.
Berdasarkan kod Agensi Antidoping Dunia (WADA), pegawai ADAMAS boleh mengesahkan kesahihan sesebuah kes.
Ia merupakan kes doping kedua tahun ini selepas satu kes dalam sukan bina badan, namun badan itu masih gagal membuat sebarang pengesahan.
"Sekiranya ADAMAS dikawal oleh apa jua pengarah daripada kementerian, KSU (ketua setiausaha) misalnya, ia akan menjadi masalah seperti di Russia.
"Agensi Antidoping Russia telah digantung dari 2015 hingga 2018 disebabkan adanya pengaruh daripada pihak kerajaan ke atas hasil ujian doping yang telah dijalankan.
"Apabila penggantungan itu ditarik balik pada 2018, Russia sekali lagi digantung pada Disember 2019.
"Ia disebabkan terdapatnya pengaruh kerajaan yang menidakkan keputusan ujian yang dilakukan Agensi Antidoping Russia," katanya.
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengarahkan atlet terbabit dan seorang jurulatih berprofil tinggi untuk menghadap jawatankuasa siasatan minggu ini.
Ia selepas sampel air kencing atlet berusia 17 tahun itu positif bahan terlarang jenis steroid dan berdepan risiko digantung selama empat tahun.
Editor: Muzaffar Musa