Skip to main content

Sukan Lain

ACC: Skuad negara lakar kejayaan tersendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

berbasikal-negara.jpg
Malaysia membuka kempen Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 dengan kejayaan tersendiri apabila merangkul satu kilauan pingat emas, dua perak, satu gangsa dan satu rekod kebangsaan yang berjaya dilakar pada hari pembukaan.

Tumpuan turut terarah kepada saingan pecut berpasukan lelaki elit apabila melengkapkan kedudukan podium di samping Jepun dan China.

Ketiadaan ikon sukan berbasikal dunia, Datuk Azizulhasni Awang pada saingan kali ini membuka ruang buat pelumba baru mengukir nama dan legasi tersendiri.

Trio baru yang dibentuk untuk mencabar kejuaraan antarabangsa diketuai Fadhil Zonis, Ridwan Sahrom serta Akmal Nazimi jusena sudah mula menampakkan potensi besar yang dimiliki.

Bukan hanya meraih pingat gangsa, malah catatan masa yang memberangsangkan di awal musim 2025 menerusi catatan -- 30.969 saat jadi petanda positif untuk diraikan.

Usai perlumbaan, mewakili gandingan ini, Fadhil meluahkan kekecewaan apabila gagal memecah rekod kebangsaan yang dilakar sejak tujuh tahun lalu itu.

Sudah lama pasang niat untuk memadam kejayaan 2018 namun masih ada ruang yang perlu diperbaiki untuk merekodkan kepantasan maksima bersama Ridwan dan Akmal menuju saingan siri piala dunia pertengahan tahun ini.

Sementara itu, skuad berbasikal trek para negara tepati ramalan apabila mempertahan kilauan pingat emas tandem pecut berpasukan campuran menewaskan Thailand — dengan Kazakhstan melengkapkan kedudukan podium.

Gandingan yang dibarisi Mohd Khairul Hazwan Wahab, Muhammad Khairul Adha Rasol, Nur Suraiya Muhammad Zamri dan Farina Shawati muncul terpantas selepas merekod kepantasan 52.560s.

Meskipun menyedari Thailand baru sahaja membentuk pasukan dalam saingan ini namun, kem negara tidak memandang mudah cabaran mereka malah komited untuk memperbaharui catatan rekod terbaik musim ini.

Pun begitu, kilauan pingat emas itu menjadi tonik terbaik dalam misi mencari penyudah terbaik di kejohanan dunia -- memandangkan wakil negara merupakan kuasa besar bagi saingan ini di pentas elit.

 

Advertisement

Must Watch Video