Bersempena penutup tahun 2020, Nadi Arena merangkumkan 50 berita sukan terbaik sepanjang tahun ini. Berikut merupakan rangkuman berita terbaik yang menduduki tempat ke-50 hingga 41.
Pada 10 Disember lalu, bekas ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, diberikan tanggungjawab bagi mengemudi Skuad Projek Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) - Majlis Sukan Negara (MSN) yang akan bersaing dalam Liga Perdana 2021.
Pasukan itu akan dibarisi graduan Projek Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP), Akademi Mokhtar Dahari (AMD), produk Piala Belia dan Presiden dan sekolah sukan Malaysia.
Pada 3 September lalu, usahawan dan pakar pelaburan, Norizam Tukiman, sah mengambil alih 100 peratus saham syarikat Team The Red Warriors (TRW) Sdn Bhd, sekali gus menjadi pemilik baru kelab Pantai Timur, Kelantan FC.
Bagi memiliki pasukan itu, pemilik syarikat Zamburger berkenaan mengeluarkan perbelanjaan RM6.8 juta bagi menanggung keperluan pasukan Liga Perdana itu.
Youssoufa Moukoko mencipta sejarah sebagai pemain termuda menjaringkan gol dalam Bundesliga ketika pasukannya, Borussia Dortmund, tewas 1-2 kepada Union Berlin di Alten Forsterei pada 19 Disember lalu.
Terdahulu, dia menjadi pemain termuda diturunkan dalam Bundesliga ketika dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Hertha Berlin bulan lalu.
Pada 25 Februri lalu, bekas ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Otlmans, menggugurkan lima pemain senior termasuk gandingan adik-beradik, Faizal dan Fitri Saari menjelang Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh -- kejohanan itu dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.
Ia satu tindakan yang berani memandangkan dua pemain berkenaan merupakan tonggak skuad negara sejak sedekad lalu.
Nadi Arena pada 6 Julai lalu menjemput bekas penyerang negara, Khalid Jamlus, yang nekad menjual trofi Anugerah Kasut Emas Liga Perdana 1 yang dimenanginya bersama Perak pada 2002.
Dalam temu bual eksklusif itu, Khalid turut menegaskan apa yang dilakukannya itu tidak salah daripada segi undang-undang kerana merupakan satu keperluan bagi menampung masalah kewangannya.
Ratu gimrama negara, Amy Kwan, akhirnya mengemukakan permohonan persaraannya kepada MSN pada 28 Julai lalu.
Sepanjang bergelar atlet negara, gimnas kelahiran Selangor itu telah memenangi pingat emas acara reben dalam Sukan Komanwel 2018 selain dua pingat emas (acara berpasukan dan reben) dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Pelari muda negara, Muhammad Syazrul Adli Saiful Adli, dikenakan hukuman penggantungan empat tahun selepas Jawatankuasa Siasatan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mendapatinya bersalah kerana menggunakan bahan terlarang jenis steroid dalam acara 4x100 meter Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia pada Ogos 2019.
Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong, mengejutkan arena sukan Malaysia apabila menjadi atlet pertama dijangkiti COVID-19 pada 16 Mac lalu.
Pemegang rekod kebangsaan itu dijangkiti virus berkenaan daripada bapanya dan menerima rawatan di Hospital Sibu sebelum dibenarkan keluar selepas dua bulan menjalani rawatan dan pemantauan.
Selepas dikatakan tidak sebulu dengan ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, Gareth Bale akhirnya kembali ke pangkuan Tottenham secara pinjaman semusim pada September lalu.
Bekas bintang Barcelona dan Brazil, Ronaldinho, telah dipenjarakan di Paraguay kerana memasuki negara itu dengan menggunakan pasport palsu pada Mac lalu.
Selepas lima bulan ditahan, dia akhirnya dibebaskan pada Ogos lalu.
50-41 | 40-31 | 30-21 | 20-11 | 10-1
Nantikan rangkuman 10 berita sukan terbaik dalam Nadi Arena jam 7.15 malam pada 31 Disember ini.
50. Yusri Che Lah dilantik ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN
Pada 10 Disember lalu, bekas ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, diberikan tanggungjawab bagi mengemudi Skuad Projek Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) - Majlis Sukan Negara (MSN) yang akan bersaing dalam Liga Perdana 2021.
Pasukan itu akan dibarisi graduan Projek Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP), Akademi Mokhtar Dahari (AMD), produk Piala Belia dan Presiden dan sekolah sukan Malaysia.
Yusri Che Lah bawa cabaran Skuad Projek FAM-MSN dalam Liga Perdana
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 10, 2020
49. Norizam Tukiman sah jadi pemilik Kelantan FC
Pada 3 September lalu, usahawan dan pakar pelaburan, Norizam Tukiman, sah mengambil alih 100 peratus saham syarikat Team The Red Warriors (TRW) Sdn Bhd, sekali gus menjadi pemilik baru kelab Pantai Timur, Kelantan FC.
Bagi memiliki pasukan itu, pemilik syarikat Zamburger berkenaan mengeluarkan perbelanjaan RM6.8 juta bagi menanggung keperluan pasukan Liga Perdana itu.
Kelantan FC kini milik Norizam
Posted by Astro Arena on Thursday, 3 September 2020
48. Moukoko penjaring gol termuda Bundesliga
Youssoufa Moukoko mencipta sejarah sebagai pemain termuda menjaringkan gol dalam Bundesliga ketika pasukannya, Borussia Dortmund, tewas 1-2 kepada Union Berlin di Alten Forsterei pada 19 Disember lalu.
Terdahulu, dia menjadi pemain termuda diturunkan dalam Bundesliga ketika dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Hertha Berlin bulan lalu.
Moukoko jadi penjaring gol termuda dalam sejarah Bundesliga
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 18, 2020
47. Adik-beradik Saari digugurkan daripada skuad kebangsaan
Pada 25 Februri lalu, bekas ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Otlmans, menggugurkan lima pemain senior termasuk gandingan adik-beradik, Faizal dan Fitri Saari menjelang Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh -- kejohanan itu dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.
Ia satu tindakan yang berani memandangkan dua pemain berkenaan merupakan tonggak skuad negara sejak sedekad lalu.
Otlmans gugur lima pemain utama
Posted by Astro Arena on Monday, 24 February 2020
46. Khalid Jamlus jual Kasut Emas demi kelangsungan hidup
Nadi Arena pada 6 Julai lalu menjemput bekas penyerang negara, Khalid Jamlus, yang nekad menjual trofi Anugerah Kasut Emas Liga Perdana 1 yang dimenanginya bersama Perak pada 2002.
Dalam temu bual eksklusif itu, Khalid turut menegaskan apa yang dilakukannya itu tidak salah daripada segi undang-undang kerana merupakan satu keperluan bagi menampung masalah kewangannya.
Khalid: Apa yang saya buat tidak menyalahi undang-undang
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 6, 2020
45. Amy Kwan bersara daripada gimrama
Ratu gimrama negara, Amy Kwan, akhirnya mengemukakan permohonan persaraannya kepada MSN pada 28 Julai lalu.
Sepanjang bergelar atlet negara, gimnas kelahiran Selangor itu telah memenangi pingat emas acara reben dalam Sukan Komanwel 2018 selain dua pingat emas (acara berpasukan dan reben) dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Amy Kwan ambil keputusan untuk bersarahttps://t.co/lAA4I4xeyE#AWANInews #AWANIpagi pic.twitter.com/IHlt6wmNYT
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 29, 2020
44. Syazrul Adli digantung empat tahun kerana gagal ujian doping
Pelari muda negara, Muhammad Syazrul Adli Saiful Adli, dikenakan hukuman penggantungan empat tahun selepas Jawatankuasa Siasatan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mendapatinya bersalah kerana menggunakan bahan terlarang jenis steroid dalam acara 4x100 meter Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia pada Ogos 2019.
Doping: Syazrul Adli digantung empat tahun | SUKAN LAIN News | Stadium Astro https://t.co/JSL8vjoC7G
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 24, 2020
43. Jackie Wong positif COVID-19
Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong, mengejutkan arena sukan Malaysia apabila menjadi atlet pertama dijangkiti COVID-19 pada 16 Mac lalu.
Pemegang rekod kebangsaan itu dijangkiti virus berkenaan daripada bapanya dan menerima rawatan di Hospital Sibu sebelum dibenarkan keluar selepas dua bulan menjalani rawatan dan pemantauan.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2912835415436539&id=100001303276579
Posted by Astro Arena on Thursday, 28 May 2020
42. Bale kembali ke pangkuan Tottenham
Selepas dikatakan tidak sebulu dengan ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, Gareth Bale akhirnya kembali ke pangkuan Tottenham secara pinjaman semusim pada September lalu.
Rasa cinta kepada Spurs akan segera pulihkan Bale, kata Mourinho
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 22, 2020
41. Ronaldinho dipenjarakan di Paraguay
Bekas bintang Barcelona dan Brazil, Ronaldinho, telah dipenjarakan di Paraguay kerana memasuki negara itu dengan menggunakan pasport palsu pada Mac lalu.
Selepas lima bulan ditahan, dia akhirnya dibebaskan pada Ogos lalu.
Ronaldinho dibebaskan
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 25, 2020