Bersempena penutup tahun 2020, Nadi Arena merangkumkan 50 berita sukan terbaik sepanjang tahun ini. Berikut merupakan rangkuman berita terbaik yang menduduki tempat ke-40 hingga 31.
Pada 5 Oktober lalu, bekas juara Liga Perdana, Felda United, mengumumkan penarikan diri mereka daripada saingan Liga Malaysia musim 2021.
Pasukan yang ditubuhkan pada 2007 itu akhirnya dibubarkan atas faktor kewangan walaupun pernah menjuarai Liga Perdana musim 2010 dan 2018 selain turut bergelar naib juara Liga Super pada 2016.
Roelant Oltmans mengesahkan bahawa dia telah mengundurkan diri daripada jawatan ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara pada 8 Ogos lalu.
Ia sekali gus menjawab desas-desus mengenai penyingkiran pengendali kelahiran Belanda itu selepas rombakan besar-besaran skuad negara sebulan sebelum itu.
Skuad Badminton negara layak secara merit ke pusingan akhir Piala Thomas 2020 apabila mengisi slot empat pasukan terbaik dalam Kejohanan Berpasukan Asia pada 14 Ferbuari lalu.
Bagaimanapun, kejohanan yang sepatutnya berlangsung pada Ogos lalu itu terpaksa ditunda ke tahun depan berikutan ancaman pandemik COVID-19.
Fernando Alonso mengumumkan kepulangannya dalam perlumbaan Formula 1 (F1) selepas mencapai kesepakatan dengan pasukan Renault bagi saingan musim depan.
Pelumba berbangsa Sepanyol itu, yang telah berusia 39 tahun, pernah muncul juara keseluruhan bersama pasukan itu pada 2005 dan 2006 sebelum menyertai Ferrari dan mengundurkan diri daripada sukan itu pada 2018.
Dua bekas tonggak Penang Black Panthers mencetuskan sensasi apabila menyertai Kuala Lumpur Thunder bagi saingan Liga Sepak Takraw (STL) musim 2020.
Ia kerana Black Panthers memegang reputasi selaku naib juara Piala Juara-Juara STL musim lalu manakala Thunder pula sekadar menamatkan saingan liga di tangga ketujuh.
Setelah 20 tahun menabur bakti bersama skuad hoki kebangsaan, penjaga gol legenda, S. Kumar, akhirnya mengumumkan persaraannya daripada sukan itu pada Februari lalu.
Australia mengejutkan India dalam satu perlawanan kriket ujian di Adelaide Oval dengan kemenangan lapan wicket pada 19 Disember lalu.
Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota, berdepan kemalangan ngeri selepas menjuarai Kejohanan Masters Malaysia pada Januari lalu.
Bintang Jepun itu sedang dalam perjalanan bersama beberapa yang lain menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila van yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori kira-kira jam 4.40 pagi.
Atlet negara, Soh Wai Ching, memahat nama dalam buku rekod dunia menerusi rekod 'pendakian tangga berketinggian menegak tertinggi dalam sejam' kategori lelaki di Hotel Four Season Place, Kuala Lumpur bersempena sambutan Hari Rekod Dunia pada 19 November lalu.
Pelari menara nombor dua dunia itu merekodkan larian menara sejauh 1.295 kilometer -- bersamaan 66 tingkat.
Mo Farah memecahkan rekod dunia acara larian sejam dalam Kejohanan Diamond League di Brussels pada 5 September lalu.
Pelari jarak jauh berbangsa British itu berlari sejauh 21,330 meter dalam tempoh 60 minit dan memecahkan rekod 21,285 meter yang dilakukan Haile Gebrselassie pada 2007.
Nantikan rangkuman 10 berita sukan terbaik dalam Nadi Arena jam 7.15 malam pada 31 Disember ini.
40. Felda United undur diri daripada Liga Malaysia
Pada 5 Oktober lalu, bekas juara Liga Perdana, Felda United, mengumumkan penarikan diri mereka daripada saingan Liga Malaysia musim 2021.
Pasukan yang ditubuhkan pada 2007 itu akhirnya dibubarkan atas faktor kewangan walaupun pernah menjuarai Liga Perdana musim 2010 dan 2018 selain turut bergelar naib juara Liga Super pada 2016.
Bekas pengurusan Felda United kecewa tindakan drastik tarik diri
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 5, 2020
39. Roelant Oltmans letak jawatan ketua jurulatih skuad hoki negara
Roelant Oltmans mengesahkan bahawa dia telah mengundurkan diri daripada jawatan ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara pada 8 Ogos lalu.
Ia sekali gus menjawab desas-desus mengenai penyingkiran pengendali kelahiran Belanda itu selepas rombakan besar-besaran skuad negara sebulan sebelum itu.
Tunggu kenyataan KHM isu Oltsman letak jawatan
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 3, 2020
38. Malaysia layak ke Piala Thomas 2020
Skuad Badminton negara layak secara merit ke pusingan akhir Piala Thomas 2020 apabila mengisi slot empat pasukan terbaik dalam Kejohanan Berpasukan Asia pada 14 Ferbuari lalu.
Bagaimanapun, kejohanan yang sepatutnya berlangsung pada Ogos lalu itu terpaksa ditunda ke tahun depan berikutan ancaman pandemik COVID-19.
Berpasukan Asia: Skuad lelaki tumbangkan Korea Selatan | BADMINTON News | Stadium Astro https://t.co/JJ8EEvtCa9
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 14, 2020
37. Fernando Alonso kembali sertai F1
Fernando Alonso mengumumkan kepulangannya dalam perlumbaan Formula 1 (F1) selepas mencapai kesepakatan dengan pasukan Renault bagi saingan musim depan.
Pelumba berbangsa Sepanyol itu, yang telah berusia 39 tahun, pernah muncul juara keseluruhan bersama pasukan itu pada 2005 dan 2006 sebelum menyertai Ferrari dan mengundurkan diri daripada sukan itu pada 2018.
Look who's coming back!
Posted by Stadium Astro on Wednesday, 8 July 2020
36. Syahir Rosdi, Azlan Alias sertai Kuala Lumpur Thunder
Dua bekas tonggak Penang Black Panthers mencetuskan sensasi apabila menyertai Kuala Lumpur Thunder bagi saingan Liga Sepak Takraw (STL) musim 2020.
Ia kerana Black Panthers memegang reputasi selaku naib juara Piala Juara-Juara STL musim lalu manakala Thunder pula sekadar menamatkan saingan liga di tangga ketujuh.
STL: Syahir, Azlan kembali bergandingan di KL Thunder
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 24, 2020
35. Penjaga gol legenda, S. Kumar, umum bersara daripada sukan hoki
Setelah 20 tahun menabur bakti bersama skuad hoki kebangsaan, penjaga gol legenda, S. Kumar, akhirnya mengumumkan persaraannya daripada sukan itu pada Februari lalu.
Terima kasih S. Kumar! Oleh Adam Zamri | Stadium Astro https://t.co/Ve6J5ZGZOy
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 20, 2020
34. Skuad kriket India tewas mengejut kepada Australia
Australia mengejutkan India dalam satu perlawanan kriket ujian di Adelaide Oval dengan kemenangan lapan wicket pada 19 Disember lalu.
ONLY THIRTY SIX. ?
Posted by Stadium Astro on Saturday, 19 December 2020
33. Kento Momota kemalangan selepas juarai Masters Malaysia.
Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota, berdepan kemalangan ngeri selepas menjuarai Kejohanan Masters Malaysia pada Januari lalu.
Bintang Jepun itu sedang dalam perjalanan bersama beberapa yang lain menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila van yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori kira-kira jam 4.40 pagi.
Momota cedera dalam kemalangan ngeri di Malaysia | BADMINTON News | Stadium Astro https://t.co/3AVttujRMk
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 13, 2020
32. Soh Wai Ching pahat nama dalam buku rekod dunia
Atlet negara, Soh Wai Ching, memahat nama dalam buku rekod dunia menerusi rekod 'pendakian tangga berketinggian menegak tertinggi dalam sejam' kategori lelaki di Hotel Four Season Place, Kuala Lumpur bersempena sambutan Hari Rekod Dunia pada 19 November lalu.
Pelari menara nombor dua dunia itu merekodkan larian menara sejauh 1.295 kilometer -- bersamaan 66 tingkat.
Atlet Malaysia pahat nama dalam buku rekod dunia
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 19, 2020
31. Mo Farah pecah rekod dunia larian sejam dalam Diamond League
Mo Farah memecahkan rekod dunia acara larian sejam dalam Kejohanan Diamond League di Brussels pada 5 September lalu.
Pelari jarak jauh berbangsa British itu berlari sejauh 21,330 meter dalam tempoh 60 minit dan memecahkan rekod 21,285 meter yang dilakukan Haile Gebrselassie pada 2007.
50-41 | 40-31 | 30-21 | 20-11 | 10-1Diamond League: Mo Farah pecah rekod dunia larian sejam di Brussels
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 5, 2020