Skip to main content

Sukan Lain

50 Terbaik Nadi Arena: 30-21

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bruno-fernandes.jpg
Bersempena penutup tahun 2020, Nadi Arena merangkumkan 50 berita sukan terbaik sepanjang tahun ini. Berikut merupakan rangkuman berita terbaik yang menduduki tempat ke-30 hingga 21.

30) Azizulhasni raih dua gangsa Kejohanan Dunia 

Jaguh bebasikal trek negara, Azizulhasni Awang, meraih pingat gangsa kedua apabila menewaskan pelumba Poland, Mateusz Rudyk, dalam penentuan tempat ketiga acara pecut Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, Mac lalu.
 

@bazlyazmi . Tahniah Azizulhasni Awang raih gangsa acara pecut Kejohanan Dunia di Jerman. Malaysia tamatkan cabaran dengan 2 gangsa. Ikuti Nadi Arena

Posted by Astro Arena on Sunday, March 1, 2020



29) MotoGP: Rossi sertai Petronas Yamaha 

Valentino Rossi menamatkan saga perpindahannya ke Petronas Yamaha-SRT September lalu untuk bergandingan dengan Franco Morbidelli dalam MotoGP 2021. 

 

MotoGP: Rossi, Petronas-Yamaha SRT capai kesepakatan jalin kerjasama

Posted by Astro Arena on Saturday, September 26, 2020


28) Hukuman lapan tahun Sun Yang ditarik balik

Agensi Anti Doping Dunia (WADA) memaklumkan Mahkamah Switzerland menarik semula larangan doping selama lapan tahun terhadap perenang China, Sun Yang, dengan kes itu akan dibicarakan semula oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) buat kali kedua dengan ketua hakim berbeza.


 

Penggantungan lapan tahun Sun Yang dibatalkan

Posted by Astro Arena on Wednesday, December 23, 2020


27) Khairul Idham potong jari, tinggalkan MOTOGP 

Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi, akan meninggalkan Petronas Sprinta Racing Team (SRT) pada 2021 selepas bergelut dengan kecederaan jari kiri. 

 

Khairul Idham tinggalkan Petronas SRT musim depan

Posted by Astro Arena on Tuesday, October 20, 2020


26) Rajagobal dilantik pengendali Brunei 

Bekas pengendali skuad negara, Datuk K. Rajagobal, menjalani pilihan Brunei untuk mengemudi skuad bola sepak kebangsaan negara itu.

 

25) Lin Dan gantung raket 

Juara lima perseorangan lelaki dunia dari China, Lin Dan, 36, mengumumkan persaraannya Julai lalu selepas 20 tahun mewarnai pentas badminton dunia.

 

Bersara: Lin Dan dihormati rakan, lawan https://www.stadiumastro.com/sukan/badminton/artikel/bersara-lin-dan-dihormati-rakan-lawan/170822

Posted by Astro Arena on Saturday, July 4, 2020


24) Safawi Rasid tinggalkan Portimonense selepas dua bulan 

Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim Ismail, mengumumkan Safawi Rasid, akan kembali bersama juara Liga Super pada tahun depan sebaik pinjamannya bersama kelab Portugal, Portimonense SC, sejak Ogos lalu berakhir. 

 

Safawi bakal kembali, 100 peratus -- Tunku Ismail

Posted by Astro Arena on Thursday, December 17, 2020


23) Ragbi Argentina tundukkan New Zealand buat julung kali 

Argentina melakar sejarah tersendiri apabila menumbangkan New Zealand 25-15 dalam kejayaan di Sydney, bulan lalu, selepas 29 percubaan.

 

History was made!

Posted by Stadium Astro on Saturday, November 14, 2020


22) Thiem tawan Terbuka AS 

Dominic Thiem merealisasikan impiannya untuk menjuarai gelaran Grand Slam pertamanya menerusi Terbuka Amerika Syarikat (AS), September lalu, sebagai selepas bangkit daripada ketinggalan dua set ketika menyingkirkan Alexander Zverev di New York.

 

21) Manchester United jadi pilihan Bruno Fernandes 

Manchester United melengkapkan perpindahan Bruno Fernandes daripada Sporting CP selepas pemain tengah Portugal itu bersetuju dengan kontrak lima setengah tahun, penghujung Januari lalu, dengan yuran sebanyak £46.5 juta (RM253.4j) belum termasuk bayaran bonus.

 

Fernandes mahu bantu United layak ke UCL

Posted by Astro Arena on Sunday, February 23, 2020

50-41 | 40-31 | 30-21 | 20-11 | 10-1

Advertisement

Must Watch Video