Bersempena penutup tahun 2020, Nadi Arena merangkumkan 50 berita sukan terbaik sepanjang tahun ini. Berikut merupakan rangkuman berita terbaik yang menduduki tempat ke-20 hingga 11.
20) F1: Grosjean terlibat kemalangan ngeri
Romain Grosjean terselamat daripada nahas ngeri dalam perlumbaan Grand Prix Bahrain, bulan lalu, selepas kereta pemandu Haas F1 Team itu bergesel dengan bahagian depan jentera Daniil Kvyat dalam pusingan pertama sebelum menghentam tembok.
19) Sterling puji usaha promosi Black Lives Matter
Bintang Manchester City, Raheem Sterling, menganggap Liga Perdana Inggeris (EPL) telah mengambil langkah besar dengan membenarkan pemain menunjukkan solidariti mereka terhadap gerakan Black Lives Matter sejak isu perkauman tercetus Jun lalu.
18) Gol Sedekad Terbaik ACL milik Safawi
Bintang Johor Darul Ta'zim FC (JDT), Safawi Rasid, mengetepikan 20 finalis untuk mengungguli undian Anugerah Gol Terbaik Sedekad Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Jaringan itu diledak penyerang tersebut ketika bertemu Shandong Luneng dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL), April tahun lalu.
17) Jaringan Son Heung-min pilihan Puskas
Gol solo ketika menentang Burnley musim lalu membawa tuah buat penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min, apabila jaringan itu berjaya memenangi Anugerah Puskas 2020 yang diumumkan baru-baru ini, sekali gus menjadi pemain Asia kedua yang melakukannya selepas Faiz Subri.
16) Ronaldo lepasi 100 jaringan antarabangsa
Ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo, muncul pemain kedua yang melepasi angka 100 jaringan antarabangsa selepas menyumbat gol berganda ketika membenam Sweden 3-0 dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah (UNL), September lalu, untuk menghampiri rekod penyerang legenda Iran, Ali Daei, yang menghasilkan 109 jaringan.
15) Messi padam rekod Pele
Lionel Messi melepasi rekod 644 gol bersama sebuah kelab tunggal yang diukir bintang Santos, Pele, ketika membantu Barcelona mengungguli Valladolid 3-0 dalam perlawanan LaLiga minggu lalu.
Pemain dari Argentina itu mula mewakili skuad utama Barcelona sejak 2004 iaitu pada usia 16 tahun.
14) Lakers rampas gelaran NBA
James LeBron memainkan peranan besar ketika Los Angeles Lakers memadam peluang kebangkitan Miami Heats untuk menjulang gelaran NBA buat kali ke-17 selepas sedekad mencuba.
Dengan kejayaan itu, dia dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir, seterusnya muncul pemain pertama yang memenanginya bersama tiga pasukan berbeza.
13) MMA: Khabib umum persaraan
Khabib Nurmagomedov mengumumkan pengundurannya dalam kancah UFC sejurus menumbangkan Justin Gaethje di Abu Dhabi, Oktober lalu.
Tindakan drastik tersebut didorong kematian bapanya, yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang kariernya, tiga bulan sebelum itu akibat COVID-19.
12) WWE: Undertaker undur diri
Selepas 30 tahun bergelumangan dalam kancah WWE Universe, The Undertaker akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada arena pertarungan itu menerusi Suvivor Series 2020, bulan lalu, pada umur 55 tahun.
11) Bayern menangi tiga kejuaraan, Lewandowski muncul pemain terbaik
Robert Lewandowski dinamakan selaku Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2020 selepas mengatasi undian yang diraih Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Penyerang kelahiran Poland itu bergaya membantu Bayern Munich meraih tiga gelaran utama termasuk UCL musim lalu dengan reputasi 60 gol.

That was a freaky accident. ?
Posted by Stadium Astro on Sunday, November 29, 2020
19) Sterling puji usaha promosi Black Lives Matter
Bintang Manchester City, Raheem Sterling, menganggap Liga Perdana Inggeris (EPL) telah mengambil langkah besar dengan membenarkan pemain menunjukkan solidariti mereka terhadap gerakan Black Lives Matter sejak isu perkauman tercetus Jun lalu.
Premier League players took a knee prior to kick-off.
Posted by Stadium Astro on Wednesday, June 17, 2020
18) Gol Sedekad Terbaik ACL milik Safawi
Bintang Johor Darul Ta'zim FC (JDT), Safawi Rasid, mengetepikan 20 finalis untuk mengungguli undian Anugerah Gol Terbaik Sedekad Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Jaringan itu diledak penyerang tersebut ketika bertemu Shandong Luneng dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL), April tahun lalu.
Safawi menang Anugerah Gol Terbaik Sedekad ACL
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 11, 2020
17) Jaringan Son Heung-min pilihan Puskas
Gol solo ketika menentang Burnley musim lalu membawa tuah buat penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min, apabila jaringan itu berjaya memenangi Anugerah Puskas 2020 yang diumumkan baru-baru ini, sekali gus menjadi pemain Asia kedua yang melakukannya selepas Faiz Subri.
16) Ronaldo lepasi 100 jaringan antarabangsa
Ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo, muncul pemain kedua yang melepasi angka 100 jaringan antarabangsa selepas menyumbat gol berganda ketika membenam Sweden 3-0 dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah (UNL), September lalu, untuk menghampiri rekod penyerang legenda Iran, Ali Daei, yang menghasilkan 109 jaringan.
Viva Ronaldo.
Posted by Stadium Astro on Tuesday, September 8, 2020
15) Messi padam rekod Pele
Lionel Messi melepasi rekod 644 gol bersama sebuah kelab tunggal yang diukir bintang Santos, Pele, ketika membantu Barcelona mengungguli Valladolid 3-0 dalam perlawanan LaLiga minggu lalu.
Pemain dari Argentina itu mula mewakili skuad utama Barcelona sejak 2004 iaitu pada usia 16 tahun.
Pecah rekod Pele, Messi gembira di Barcelona -- Koeman
Posted by Astro Arena on Tuesday, December 22, 2020
14) Lakers rampas gelaran NBA
James LeBron memainkan peranan besar ketika Los Angeles Lakers memadam peluang kebangkitan Miami Heats untuk menjulang gelaran NBA buat kali ke-17 selepas sedekad mencuba.
Dengan kejayaan itu, dia dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir, seterusnya muncul pemain pertama yang memenanginya bersama tiga pasukan berbeza.
13) MMA: Khabib umum persaraan
Khabib Nurmagomedov mengumumkan pengundurannya dalam kancah UFC sejurus menumbangkan Justin Gaethje di Abu Dhabi, Oktober lalu.
Tindakan drastik tersebut didorong kematian bapanya, yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang kariernya, tiga bulan sebelum itu akibat COVID-19.
BREAKING NEWS: Khabib announces his retirement! #UFC254
Posted by Stadium Astro on Saturday, October 24, 2020
12) WWE: Undertaker undur diri
Selepas 30 tahun bergelumangan dalam kancah WWE Universe, The Undertaker akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada arena pertarungan itu menerusi Suvivor Series 2020, bulan lalu, pada umur 55 tahun.
Undertaker, berehatlah dengan tenang.
Posted by Astro Arena on Monday, November 23, 2020
11) Bayern menangi tiga kejuaraan, Lewandowski muncul pemain terbaik
Robert Lewandowski dinamakan selaku Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2020 selepas mengatasi undian yang diraih Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Penyerang kelahiran Poland itu bergaya membantu Bayern Munich meraih tiga gelaran utama termasuk UCL musim lalu dengan reputasi 60 gol.
Lewandowski dinobat Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2020
Posted by Astro Arena on Thursday, December 17, 2020