Bersempena penutup tahun 2020, Nadi Arena merangkumkan 50 berita sukan terbaik sepanjang tahun ini. Berikut merupakan rangkuman berita terbaik yang menduduki tempat ke-10 hingga 1.
10) Basikal Azizulhasni tarik perhatian Lithuania, Greece
Institut Sukan Negara (ISN) mengesahkan Lithuania dan Greece sudah menyuarakan hasrat membeli basikal khas yang dibina untuk jaguh trek, Azizulhasni Awang, bagi memburu pingat emas sulung Sukan Olimpik Tokyo 2020.Basikal Azizulhasni tarik perhatian Lithuania, Greece | SUKAN LAIN News | Stadium Astro https://t.co/RYW16zbZn7
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 9, 2020
9) Bryant, anak perempuan disahkan terbunuh
Legenda bola keranjang Los Angeles Lakers, Kobe Bryant, dan anak perempuannya terbunuh dalam satu nahas helikopter, demikian disahkan Pesuruhjaya NBA, Adam Silver.
8) Zii Jia mara ke separuh akhir Seluruh England
Perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England dengan menewaskan jaguh China, Chen Long, di Arena Birmingham.
7) Hamilton juarai F1 buat kali ketujuh
Lewis Hamilton menyamai rekod legenda Formula 1, Michael Schumacher, dengan menjuarai gelaran dunia buat kali ketujuh selepas memenangi GP Turki.
6) Pemecatan ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan
Berikutan kekalahan 6-1 kepada Johor Darul Ta'zim, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengambil keputusan untuk melepaskan khidmat pengendali pasukan, B. Sathianathan.
Diaib JDT, Sathianathan dipecat serta-merta
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 21, 2020
5) Akhirnya sempurna, Luqman sah sertai KV Kortrijk
Penantian penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin, untuk menyertai kelab Liga Belgium, KV Kortrijk, berakhir setelah menandatangani bersama pasukan itu.
Akhirnya sempurna, Luqman sah sertai KV Kortrijk
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 6, 2020
4) Liverpool juarai liga --akhiri penantian 30 tahun
Jurgen Klopp begitu terharu dengan pencapaian Liverpool menawan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejurus mereka disahkan sebagai juara sambil menyifatkannya ia sebagai "detik yang luar biasa" bagi semua pihak kelab itu.
Liverpool juarai liga --akhiri penantian 30 tahunhttps://t.co/LtqdqqXOvX pic.twitter.com/GRwVXKhnUd
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 25, 2020
3) Hafizh Syahrin kemalangan di Austria
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, mengalami kemalangan ngeri dalam perlumbaan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring.
Hafizh Syahrin kemalangan di Austria
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 16, 2020
2) Selamat tinggal Diego Maradona
Legenda Argentina, Diego Maradona, telah meninggal dunia pada usia 60 tahun, perkhabaran itu telah disahkan oleh Persatuan Bolasepak Argentina.
Selamat tinggal Maradona... #AWANInews #AWANI745 https://t.co/730sfSNi1F
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) November 26, 2020
1) JDT takluk trofi Liga Super dengan bergaya
Johor Darul Ta'zim (JDT) ditabalkan juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut dalam satu majlis gilang-gemilang selepas melebarkan kedudukan di puncak Liga Super dengan sembilan mata ketika saingan berbaki satu perlawanan.
JDT takluk trofi Liga Super dengan bergaya
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 2, 2020