Skip to main content

Badminton

Zii Jia terselamat kemalangan serius

lee-zii-jia2.jpg
Malang tidak berbau tetapi ketangkasan sebagai atlet elit menyelamatkan nyawa, Lee Zii Jia, yang terbabit kemalangan sewaktu pulang ke kampung halaman 27 November lalu. 

Pemain perseorangan lelaki nombor 10 dunia itu memandu sebuah kenderaan jenis Mazda dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Kedah sambil ditemani kakaknya. 

Ketika itu dia diberi pelepasan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas terbabit dengan kem di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara. 

"Dalam separuh perjalanan (ke Kedah) iaitu di Tanjung Malim, (Perak). Kakak saya mengatakan ada terdengar bunyi yang kuat.

"Tayar belakang sebelah pemandu mula terasa berat. Masa cuba memberhentikan kenderaan, tayar itu tercabut dan bergolek ke depan.

"Saya cuba kawal kenderaan dan terjadinya adegan seperti lagak ngeri. 

"Kawan-kawan saya yang memiliki kepakaran tayar di Tg. Malim menganggap saya bernasib baik kerana masih di sini (hidup).

"Selepas tayar ditukar, kakak saya yang menyambung pemanduan kami," katanya.  




Dalam pada itu, keputusan M. Thinaah berubah angin ke beregu daripada perseorangan wanita hampir dua tahun lalu membuahkan hasil.

Dia, yang kini bergandingan dengan Pearly Tan, layak dalam kedua-dua Terbuka Thailand yang berstatus super 1000 di Bangkok bermula 12 Januari depan.

Advertisement

Must Watch Video