Kem badminton negara Sukan Universiti Dunia (WUG) terus suram apabila beregu lelaki, Bryan Goonting-Mohammad Fazriq Razif, dikejutkan gandingan Jepun seawal pusingan kedua.
Ia secara tidak langsung menyaksikan mereka terlepas satu lagi sasaran pingat mahupun mengulangi kejayaan gangsa sempena kempen Rhine Ruhr 2025.
"Mereka bermain dengan laju, kami tidak ikut rentak permainan lawan dan tekanan yang dihadapi," kata Bryan.
Fazriq pula menjelaskan: Lawan membuat persiapan yang baik untuk hadapi kami. Sebagai underdog, mereka bermain lebih bagus."
Jurulatih yang juga bekas pemain kebangsaan, Zakry Latiff, tidak menolak anak buahnya masih dilanda kekecewaan dalam acara berpasukan sebelum ini.
"Tipulah kalau cakap tidak kecewa.
"Kami meletakkan harapan tinggi ke atas mereka.
"Hari ini permainan mereka di bawah paras sebenar, tidak sepatutnya mereka kalah," katanya.