Beregu lelaki negara ke Sukan Universiti Dunia (WUG), Muhammad Fazriq Mohamad Razif serta Bryan Jeremy Goonting, sedia menyahut cabaran untuk merealisasi misi pungutan satu pingat perak dan satu gangsa yang disasarkan barisan kejurulatihan negara.
Tekanan pastinya dirasai memandangkan ini merupakan penampilan pertama mereka dalam temasya itu, namun semangat tetap membara untuk buktikan kemampuan yang dimiliki.
Keserasian serta pengalaman selepas lebih setahun digandingkan bersama dilihat menjadi kekuatan mereka untuk mengenepikan saingan pencabar lain, khususnya daripada Chinese Taipei dan Thailand.
"Kami sangat teruja dan bersemangat yang merupakan penampilan pertama," kata Bryan.
Tambah Fazriq: "Persefahaman kami dalam soal posisi perlu ditingkatkan.
"Kami perlu berjuang, baik secara individu atau berpasukan untuk memenangi pingat tanpa mengira apa jua warnanya."