Skip to main content

Badminton

Wei Feng umum persaraan

wei-feng.jpg
Pemain berpengalaman negara, Chong Wei Feng, mengumumkan persaraan daripada arena badminton selepas bergelut dengan masalah kecederaan yang panjang.

Wei Feng, 32, mengambil keputusan itu selepas mengalami kesukaran untuk mengatasi kecederaan di bahagian pinggul.

Meskipun telah meninggalkan kem kebangsaan sejak tiga tahun lalu, dia konsisten beraksi di pentas kejohanan antarabangsa.

Antara pencapaian terbaik Wei Feng ialah memenangi pingat emas Sukan SEA 2015 di Singapura serta naib juara Piala Thomas 2014.

Bagaimanapun, kelibat Wei Feng di Akademi Badminton Malaysia tetap kekal selaku pelatih kompetitif sambil akan terus mengendalikan akademi miliknya.

"Sudah ambil keputusan untuk bersara. Saya ada kecederaan yang sudah berlarutan selama beberapa bulan. Saya rasa lebih baik berhenti dan fokus kepada aspek seterusnya," katanya.

"Saya mengalami masalah di bahagian pinggul, daripada bahagian kiri telah pergi ke sebelah kanan. Doktor memberitahu mungkin otot sudah melebihi kemampuan penggunaan, jadi memerlukan proses pemulihan jangka panjang. Sebagai pemain profesional, sukar mencari kemudahan, jadi lebih baik berhenti.

"Ia bukanlah satu keputusan yang berat kerana usia juga memainkan peranan. Saya sudah ada keluarga dan perlu merancang dengan lebih baik. Mengenai kejurulatihan, saya telah membuka akademi sendiri," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video